UBATAN TAMBAHAN | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » UBATAN TAMBAHAN

UBATAN TAMBAHAN

ADAKAH KITA MEMERLUKANNYA?

Jangan mudah terpengaruh dengan aliran terkini masyarakat untuk kekal sihat dengan mengambil makanan kesihatan tambahan atau suplemen kerana penggunaannya belum tentu menjamin kesejahteraan seperti didakwa.

Ini berikutan kesan pengambilannya bergantung kepada tahap kesihatan individu dan dikhuatiri pengambilan yang tidak sesuai mengundang kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Kesannya bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan berbeza mengikut keupayaan sistem badan menerima bahan berkenaan yang didakwa meningkatkan kecergasan. 

Pengguna dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Rujukan awal penting bagi membolehkan doktor menilai tahap kesihatan mereka sama ada sesuai atau sebaliknya. 

                   

Sebagai contoh, dalam keadaan wanita hamil kekurangan nutrien dan mengalami keperluan mendesak, suplemen vitamin dan mineral membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Individu yang disarankan mendapatkan nutrien termasuklah ibu yang menyusukan bayi, pesakit terlantar di hospital, kanak-kanak bermasalah tumbesaran dan warga emas kurang selera makan.

Suplemen boleh dikategorikan kepada empat iaitu vitamin, mineral dan multivitamin dan makanan yang berasaskan herba serta berasaskan minyak ikan.

Pilihan diet lengkap adalah daripada pilihan buah-buahan, sayuran, bijiran penuh, susu, ikan dan minyak. Pemilihan sajian sihat ini mencukupi untuk menampung keperluan nutrien harian.

Diet seimbang mempunyai zat lengkap dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih menjamin kesihatan. Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin, mineral, serat dan nutrien yang berupaya mencegah pelbagai penyakit.

Manakala pil multivitamin hanya mempunyai vitamin dan mineral sahaja. Pengambilan serat yang tinggi secara saintifik terbukti mencegah penyakit kronik seperti kanser usus.

"Phytonutrient yang juga nutrien daripada sumber tumbuh-tumbuhan kaya bahan antioksidan juga membantu mencegah serangan penyakit kronik.

 

Disediakan oleh : Perkhidmatan Farmasi

Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 28/08/2019 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1573502433