Seksyen Kecemasan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI pku
» BAHAGIAN » BAHAGIAN KECEMASAN DAN RAWATAN » Seksyen Kecemasan

Seksyen Kecemasan

Talian Kecemasan PKU UPM : 03-9769 5050

Seksyen Kecemasan merupakan komponen utama yang berperanan memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kampus. Pasukan petugas kami terdiri daripada anggota terlatih yang siap siaga untuk bertindak pantas apabila berlaku sebarang insiden kecemasan.

Seksyen Kecemasan akan memberikan rawatan awal yang sesuai dan segera. Sekiranya keadaan mangsa memerlukan perhatian lanjut daripada pakar perubatan, mangsa akan dirujuk ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.

Jenis kecemasan yang diberi keutamaan :

  • Kemalangan jalan raya
  • Kecederaan sukan
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Keracunan ubat atau makanan
  • Pengsan
  • Sakit perut
  • Sawan
  • Reaksi alahan
  • Gigitan haiwan berbisa
  • Terbakar atau melecur
  • Tercekik

Kemaskini:: 26/02/2026 [khairulhaziq]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (02:18:35pm-02:23:35pm, 02 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]