SOALAN LAZIM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PELAJAR
1
Bas kampus manakah yang perlu saya ambil untuk pergi ke Pusat Kesihatan Universiti?

Anda perlu mengambil bas kampus yang menghala ke KTP, KPZ atau K5. Sila layari http://www.hep.upm.edu.my/ bagi senarai laluan dan waktu perjalanan bas kampus terkini.

2
Bolehkah saya pelajar pra-siswazah yang telah menangguh pengajian mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti?

Boleh, sekiranya anda telah menjelaskan yuran perubatan bagi semester yang ditangguh.

3
Saya pelajar antarabangsa, bolehkah saya menggunakan kad insurans untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti?

Tidak. Sila berurusan dengan Pejabat Pelajar Antarabangsa untuk maklumat lanjut atau layari http://www.intl.upm.edu.my/ .


STAF
4
Perlukah saya membuat temu janji untuk mendapatkan "Pemeriksaan Kesihatan 40 tahun ke atas"?

Ya. Sila hubungi kami di talian 03-97697304 pada waktu pejabat (Isnin-Jumaat) untuk membuat temu janji atau layari https://pku.upm.edu.my/bahagian/seksyen_pemeriksaan_kesihatan/pakej_40_tahun_ke_atas-41457
 untuk maklumat lanjut.

5
Bolehkan saya menjalani "Pemeriksaan Kesihatan 40 tahun ke atas" sekiranya umur saya belum mencapai 40 tahun?

Boleh, atas pembiayaan sendiri.

6
Bolehkah suami/isteri staf menjalani "Pemeriksaan Kesihatan 40 tahun ke atas"?

Boleh, atas pembiayaan sendiri.


AWAM
7
Adakah Pusat Kesihatan Universiti menyediakan ujian saringan HIV pra-perkahwinan?

Ya, caj perlu dibiayai sendiri. Anda perlu membawa bersama borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

8
Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit?

Ya. Bermula 12/10/2021 kami menerima bayaran tunai melalui kad kredit dan kad debit. Juga terdapat pembayaran menggunakan Ehealth Treatment Payment juga pembayaran tunai (Ringgit Malaysia)

9
Bolehkah orang awam mendapatkan perkhidmatan ambulans dari Pusat Kesihatan Universiti?

Tidak. Perkhidmatan ambulans hanya disediakan untuk staf dan pelajar UPM sahaja.

10
Adakan Pusat Kesihatan Universiti menyediakan ujikaji UPT(Urine Pregnancy Test)?

Ya. Caj ujikaji perlu dibiayai sendiri.

11
Bolehkah orang awam mendapatkan rawatan perubatan atau pergigian di Pusat Kesihatan Universiti?

Boleh, caj rawatan perlu dibiayai sendiri.

12
Bolehkah saya mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti jika saya mempunyai Surat Akuan "Gurantee Letter" dari agensi kerajaan yang lain?

Tidak. Kami tidak menerima Surat Akuan dari agensi kerajaan yang lain.


SOALAN AM
13
Adakah perkhidmatan makmal dibuka pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Am?

Tidak. Perkhidmatan makmal hanya beroperasi pada hari bekerja.

14
Adakah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan(medical check-up) dilakukan pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Am?

Tidak. Permeriksaan kesihatan hanya boleh dijalankan pada hari bekerja.

15
Adakah perkhidmatan pra-natal(ibu mengandung) disediakan di Pusat Kesihatan Universiti?

Tidak.


PERGIGIAN
16
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan rawatan pergigian di Pusat Kesihatan Universiti?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi Kaunter Pendaftaran Pergigian untuk pertanyaan dan temujanji. 

Kaunter Pendaftaran, Perkhidmatan Pergigian : 03-97697336 

17
Berapa awal saya harus hadir sebelum masa temu janji yang ditetapkan?

Anda dinasihati hadir sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa temu janji. Sekiranya anda ingin menukar atau membatalkan temu janji, sila hubungi kami di talian 03-97697336.

18
Berapa lamakah tempoh untuk satu rawatan pergigian?

Tempoh untuk perawatan pergigian bergantung kepada jenis prosedur yang dijalankan. Kebiasaanya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit.

19
Apakah dokumen yang perlu untuk mendaftar di Klinik Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti? 

Anda perlu bawa kad pengenalan /My-kid /Passport/Kad matrik(bagi pelajar UPM)/Kad staf (bagi staf UPM)/kad temujanji pergigian (pelanggan ulangan)

Kemaskini:: 16/08/2023 [izzatussofia]

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDTKAX~