| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
senarai pengumuman terkini

Laman Wen Pusat Kesihatan Universiti kini sedang dikemaskini mengikut format terbaharu. Haram maklum.

Pelanggan yang dikasihi, Waktu Operasi baharu PKU pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum adalah dari jam 9 pagi hingga 12 tghhari. Kaunter Pendaftaran akan dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 11.45 pagi, bagi memastikan proses perkhidmatan berjalan dengan baik. Terima kasih. 

Kempen AMAL EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM telah sempurna dilancarkan pada tanggal 21 April 2017 oleh YBhg. Dr. Hjh. Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan UPM merangkap Penaung kempen ini.Hari EKSA PKU telah ditetapkan pada hari Jumaat setiap minggu bekerja.

 

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

WAKTU OPERASI SEPANJANG CUTI HARI RAYA AIDILADHA 1438H

 

Pelanggan yang dihormati,

 Dengan ini dimaklumkan bahawa sepanjang cuti HARI RAYA AIDILADHA 1438H, waktu operasi perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM adalah seperti dibawah: -

   TARIKH

      HARI

      PERKHIDMATAN              PESAKIT LUAR

       PERKHIDMATAN             AMBULANS 24 JAM

   31.08.17

     KHAMIS

   TIDAK BEROPERASI

Perkhidmatan penghantaran ke hospital berdekatan sahaja

(tiada Pegawai Perubatan & Paramedik yang bertugas)

   01.09.17

     JUMAAT

   02.09.17

      SABTU

   03.09.17

       AHAD

  

Bagi pelanggan yang mengambil ubat-ubatan penyakit kronik mohon pastikan bekalan ubat mencukupi sepanjang tempoh bercuti.  

 Warga Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan yang beragama Islam.

 

 

Ketua

Pusat Kesihatan Universiti

Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu sedang berlangsung. Bilangan pelanggan adalah lebih dari biasa. Sebarang kesulitan amat dikesali.

PKU sedang mempersiapsiaga bagi keperluan audit. Segala kesulitan amat dikesali.

Audit Dalaman bagi pelaksanaan EKSA di PKU akan berlangsung pada 3 Oktober 2017. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Sukacita dimaklumkan PKU akan menerima kunjungan rakan-rakan dari Pasukan Teras Hospital Universiti Malaysia Sabah pada 5 Oktober 2017. Kunjungan anda sangat dialu-alukan.

Audit Laman Web PTJ UPM akan diadakan pada Khamis, 12 Oktober 2017. 

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM),  Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Tahun 2017.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini hari ini, Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini.

Senarai 624 penerima dikurniakan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai bersempena ulang tahun ke-48 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM akan menganjurkan program "LE TOUR DE WAZAN" sempena perasmian kempen Bulan Wakaf dan Zakat UPM 2017, yg turut merangkumi pelancaran Wakaf Ambulan Khas PKU dan Wakaf Teratak Pak Ngah Atan seperti di butiran di berikut:

Tarikh: 29 November 2017 (Rabu)
Masa: 9:00am - 12.30pm
Lokasi berkumpul: Perkarangan Canselori Putra

Penyertaan: Terbuka kepada SEMUA.
Sasaran penyertaan:50 orang (lebih ramai, lebih baik)
Yuran penyertaan: *PERCUMA*.

Mengayuh sambil berkongsi ilmu tentang "WAKAF & ZAKAT" bersama warga kampus UPM.

Makanan, minuman, sijil dan surat pelepasan disediakan.

Jom kita sertai kayuhan amal "LE TOUR DE WAZAN"

Daftarlah sekarang! Hubungi WAZAN UPM di talian 03-89468993 atau 03-89466156.

Tarikh tutup pendaftaran: 24 Nov 2017

Pusat Kesihatan Universiti (PKU)  dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia mengajak orang ramai serta mana-mana syarikat dan organisasi untuk membantu mengumpulkan dana sebanyak RM250,000.00 bagi membiayai projek wakaf ambulan khas PKU yang boleh disalurkan terus ke dalam akaun CIMB Islamik (UPM Dana Wakaf Ilmu) No. Akaun: 8602-68-4995.

Satu program jelajahraya sempena Bulan Wakaf dan Zakat UPM 2017 akan diadakan di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti UPM pada 19 dan 20 Disember 2017. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk sesi dialog Wazan Talk, Cabutan Bertuah dan Kaunter Khidmat Pelanggan WAZANDiHati. Semua dijemput hadir.


TING!! RM50 UNTUK WAKAF AMBULAN ATAU “ONLINE SHOPPING”?
Bayangkan dengan RM50 kita hanya dapat membeli 1 atau 2 barang atas talian.
Pahala? Belum tentu.

Dengan RM50 yang kita wakafkan kepada Ambulan baharu PKU secara atas talian.
Saham akhirat yang berterusan? TERJAMIN!

Bagi menampung penggunaan ambulans PKU yang semakin meningkat, pembelian ambulans yang lebih moden adalah sangat diperlukan. Ambulan sedia ada yang berusia lebih 10 tahun dan tidak sesuai digunakan di kawasan “off road” memandangkan UPM memiliki kawasan ladang yang besar dan tanah yang tidak berturap. Kawasan ladang juga juga sering dijadikan laluan dan sumber pembelajaran kepada para pelajar dan staf. Begitu juga dengan para pelajar yang menyertai kem di kawasan hutan atau tanah tinggi seperti aktiviti PALAPES, SUKSIS dan sukan. Di kawasan seperti ini, kemudahan ambulan dengan kapasiti lasak dan bekalan rawatan kecemasan yang cukup sangat diperlukan dan dapat menyelamatkan nyawa.

Dengan berwakaf juga melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Online Shopping”? Hmmm….

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

WAKTU OPERASI SEPANJANG CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1439H

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Dengan ini dimaklumkan bahawa sepanjang cuti HARI RAYA AIDILFITRI 1439H,   waktu operasi perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM adalah seperti dibawah: -

 

 

TARIKH

HARI

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

PERKHIDMATAN AMBULANS 24 JAM

13.06.18

RABU

8.00 pg  -  9.00 mlm

Sekiranya terdapat kes kecemasan,pesakit akan dihantar ke Hospital Serdang

14.06.18

KHAMIS

     8.00 pg  - 3.00 ptg

15.06.18

JUMAAT

TIDAK BEROPERASI

16.06.18

SABTU

17.06.18

AHAD

18.06.18

ISNIN

8.00 pg  -  5.00 ptg

19.06.18

SELASA

20.06.18

RABU

 

 

Bagi pelanggan yang mengambil ubat-ubatan penyakit kronik mohon pastikan bekalan ubat mencukupi sepanjang tempoh bercuti.  

 

Staf Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan.

 

 

 

Ketua

Pusat Kesihatan Universiti

Universiti Putra Malaysia

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

WAKTU OPERASI SEPANJANG CUTI HARI RAYA AIDILADHA 1439H

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Dengan ini dimaklumkan bahawa sepanjang cuti HARI RAYA AIDILADHA 1439H,   waktu operasi perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM adalah seperti dibawah: -

 

 

TARIKH

HARI

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

PERKHIDMATAN AMBULANS 24 JAM

21.08.18

SELASA

8.00 pg  - 5.00ptg

Sekiranya terdapat kes kecemasan,pesakit akan dihantar ke Hospital Serdang

22.08.18

RABU

TIDAK BEROPERASI

23.08.18

KHAMIS

8.00 pg - 5.00 ptg

24.08.18

JUMAAT 

8.00 pg - 5.00 ptg

25.08.18

SABTU

TIDAK BEROPERASI

26.08.18

AHAD

TIDAK BEROPERASI

 

 

Bagi pelanggan yang mengambil ubat-ubatan penyakit kronik mohon pastikan bekalan ubat mencukupi sepanjang tempoh bercuti.  

 

Staf Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha & Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan.

 

 

 

Ketua

Pusat Kesihatan Universiti

Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Dimaklumkan bahawa talian telefon di Pusat Kesihatan Universiti sedang mengalami kerosakan dan kerja-kerja membaikpulih sedang dilaksanakan.Untuk sementara waktu, sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan,sila berbuat demikian di media sosial PKU seperti Facebook, dan Twitter. Segala kesulitan yang berlaku adalah amat dikesali.Sekian terima kasih.

DIMAKLUMKAN BAHAWA PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI AKAN MENUNDA WAKTU OPERASI SEPERTI MAKLUMAN DIBAWAH;

TARIKH                                     : 20 FEBRUARI 2019 (RABU)

PINDAAN WAKTU OPERASI     : 8.00 PAGI-12 TENGAHARI
                                                  (KECUALI KES KECEMASAN)

WAKTU AKHIR PENDAFTARAN : 11.45 PAGI

PKU AKAN BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA PADA JAM 2.30 PETANG.

SEKIAN, TERIMA KASIH. 

Kempen Derma Darah 2019 MAhasiswa Prihatin IPTA PraRamadhan Bersama Ansara sedang berlangsung di Dewan Kolej Pendeta Za'ba pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Kempen ini adalah anjuran Pusat Kesihatan Universiti, UPM bersama Pusat Darah Negara Malaysia dan ANSARA. Semua warga kampus  dialu-alukan menderma darah. Markah merit akan diberi bagi pelajar yang hadir.

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

PENUTUPAN OPERASI SEPANJANG CUTI TAHUN BARU CINA 2020

 

Pelanggan yang dihormati,

 Dengan ini dimaklumkan bahawa  Pusat Kesihatan Universiti ( PKU ) tidak beroperasi pada
25 - 27 JANUARI 2020 ( SABTU – ISNIN ) .
Kepada pelanggan yang berpenyakit kronik mohon pastikan bekalan ubat adalah mencukupi.

Terima Kasih

Bagi mereka(pelanggan wanita) yang telah mendapat temujanji untuk pemeriksaan kesihatan di PKU, sila bawa bersama t-shirt ‘roundneck plain’ untuk dipakai sewaktu pengambilan ‘chest x-ray’ di Unit Radiologi. Ini untuk mengelakkan penggunaan ‘gown’ yang berulang kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan di unit ini selaras dengan norma baharu terhadap pencegahan penularan wabak COVID-19.

Perhatian kepada semua pelanggan Pusat Kesihatan Universiti,UPM

Dengan ini dimaklumkan bahawa PKU tidak dapat menerima pelanggan bagi Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan dari 28 September 2020 hingga 2 Oktober 2020 kerana terdapat masalah paip bocor di Unit X-ray PKU.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan sila hubungi 03-9769 7304.

Sekian,terima kasih.

 

 

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

WAKTU OPERASI SEPANJANG BULAN RAMADHAN  

(13 APRIL 2021 HINGGA 12 MEI 2021)   

 

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Dengan ini dimaklumkan bahawa waktu perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM pada bulan Ramadhan (13 April 2021 hingga 12 Mei 2021) adalah seperti dibawah:

 

 

HARI

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

PERKHIDMATAN AMBULANS

24 JAM

Isnin - Khamis

8.00 AM - 4.00 PM

8.00 AM - 1.00 PM

1.30 PM – 4.00 PM

Untuk kes-kes kecemasan sahaja

Jumaat

8.00 AM – 12.00 PM

2.30 PM – 4.00 PM

Untuk kes-kes kecemasan sahaja

Sabtu, Ahad & Cuti Am

Tiada

Untuk kes-kes kecemasan sahaja

*Aktiviti nyahkuman (disinfect) akan dilakukan selepas jam 4.00 petang pada setiap hari untuk mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dikalangan pelanggan dan staf.

 

 

Warga Pusat Kesihatan Universiti, UPM mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pelanggan yang beragama Islam.

 

 

 

Ketua

Pusat Kesihatan Universiti

Universiti Putra Malaysia

 

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

WAKTU OPERASI SEPANJANG CUTI HARI RAYA AIDILADHA 1442H

 

Pelanggan yang dihormati,

 Dengan ini dimaklumkan bahawa sepanjang cuti HARI RAYA AIDILADHA 1442H, waktu operasi perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM adalah seperti dibawah:-

    TARIKH

   HARI

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR/PERKHIDMATAN PERGIGIAN

PERKHIDMATAN AMBULANS 24 JAM

   19.07.2021

ISNIN

8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Perkhidmatan ambulans untuk penghantaran kes kecemasan ke hospital berdekatan sahaja

20.07.2021

SELASA

TIDAK BEROPERASI

Perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM akan beroperasi semula pada 21 Julai 2021 (Rabu).  

 Warga Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan yang beragama Islam.

 

Ketua

Pusat Kesihatan Universiti

Universiti Putra Malaysia

 

 

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

WAKTU OPERASI SEPANJANG BULAN RAMADAN  

(4 HINGGA 29 APRIL 2022)    

Kepada semua pelanggan yang dihormati

Untuk melancarkan lagi urusan yang berkaitan dengan temujanji rawatan pergigian, sukacita dimaklumkan, selain talian telefon (03-97697336) – kaunter pendaftaran pergigian), Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU, UPM telah menambah saluran komunikasi yang boleh digunakan bagi sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan temujanji pergigian di PKU, UPM.

Sila hubungi kami melalui:

email                     : apptdent.pku@gmail.com

WhatsApp              : www.wasap.my/601157699551

 

TERIMA KASIH

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDTLAo~