JOB VACANCY | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
JOB VACANCY
 
Position
Closing Date
Description
Attachment
1.
Position
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
Closing Date
22 Oct 2019
Description

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia


Tarikh Iklan: 14 Oktober 2019

Tarikh Tutup : 21 Oktober 2019


KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK
1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (Lelaki & Perempuan)– Gred U11
Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM 1,204.00
RM 95.00 (Elaun Khidmat Awam)
RM 300.00 (Imbuhan Tetap Perumahan)
RM 300.00 (Bantuan Sara Hidup)

SYARAT LANTIKAN:
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan – Gred U11
hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Terbuka kepada lelaki dan perempuan 
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran
dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu dan 3 subjek lain
(e) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.

TARAF JAWATAN: Kontrak


CARA MEMOHON : Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan
Jawatan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) yang boleh dimuat turun dari
laman web Pejabat Pendaftar di alamat :
https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/PJDAF1_Borang_Pelaksana.pdf
dan melampirkan salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil persekolahan
yang telah disahkan Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat
berikut:
Pejabat Am (Unit Pembangunan Modal Insan & Latihan),
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang
(u/p: Puan Norfazilah Abdullah)
Tel: 03-97697346


TARIKH TUTUP: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan di
alamat di atas tidak lewat dari 21 Oktober 2019.
PERHATIAN:


i. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut
peraturan memohon boleh menyebabkan perlohonan tidak akan dilayan.
ii. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan
dipanggil untuk ditemuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6)
bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sekian terima kasih


(EN. ROSLAN BIN PARJO)
b/p Ketua
Pusat Kesihatan Universiti UPM

Attachment


FURTHER INFORMATION: SPJOnline

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
C1571589423