TUMIT TINGGI: YAY ATAU NAY? | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » TUMIT TINGGI: YAY ATAU NAY?

TUMIT TINGGI: YAY ATAU NAY?

TUMIT TINGGI: YAY ATAU NAY?

Tumit tinggi menjadi simbol yang menonjol bagi wanita sejak berabad-abad. Ia melambangkan mood seseorang dengan memberikan kesan bergaya, elegan, atau santai. Dalam dunia fesyen, tumit tinggi sudah menjadi sebahagian daripada fesyen pakaian, dan hari ini kita ingin melihatnya dari perspektif lain iaitu - kesihatan.

Kita tidak menafikan bahawa tumit tinggi memberikan keyakinan kepada si pemakainya sepanjang hari, namun ia mungkin memberi kesan terutamanya apabila digunakan dalam jangka masa yang lama. Mari bersama saya untuk menerokai lebih lanjut.

Menurut Army Kreydin, NBCR, CCAP, BD, seorang refleksologi yang bersijil, beliau berkongsi bahawa kesan jangka panjang tumit tinggi menyumbang kepada pelbagai ketidakselesaan seperti sakit belakang, sakit leher, sakit lutut, dan keradangan pada tendon-tendon yang terpendek di kaki dan pantat. Berdasarkan satu kajian, Ferguson menjelaskan bahawa pemakaian jangka panjang boleh memberi kesan pada kawasan kaki bawah kita (plantar fascia, achilles, otot betis, dan hamstring).

Melihat kepada struktur ini, hamstring melekat pada pelvis dan bahagian belakang rendah yang menjadi faktor sakit belakang bersama dengan kaki anda. Otot betis, pinggul, dan belakang akan menjadi tegang untuk mengekalkan keseimbangan, ini akan memberi keletihan dan tegangan otot berlebihan.

Seiring berjalannya masa, otot betis akan menjadi kejang dan bengkak. Ketinggian tumit juga mempengaruhi tekanan pada bahagian jari kaki atau bola kaki yang bermakna tumit yang lebih tinggi akan memberi tekanan yang lebih tinggi.

Bandingkan postur badan kita antara pemakaian kasut datar dan tumit tinggi.

Walaupun semua fakta dan penjelasan ini, anda mungkin bertanya "Adakah saya perlu berhenti memakai tumit tinggi?" Tentu tidak! Kami tidak akan melarang anda daripada memakai tumit tinggi anda yang menawan dan cantik itu, walau bagaimanapun, anda boleh memperbaiki keadaan dengan lebih baik jika anda menggunakannya dengan sederhana. Sebagai penyelesaian terdapat beberapa cara yang boleh anda amalkan dalam rutin harian anda. Contohnya:

  1. Regangkan otot-otot kaki anda sebelum dan selepas memakainya sepanjang hari.
  2. Jangan memilih kasut yang berujung runcing.
  3. Pilihlah kasut yang dilengkapi dengan tapak dalamannya material kulit untuk mengelakkan kaki anda daripada tergelincir.

Saya harap tip-tip ini dapat menjadikan hari anda lebih baik! Itulah akhir perkongsian untuk topik ini. Akhir kata, jaga kesihatan dan kekal selamat semua. Terima kasih kerana membaca!

 

Artikel disediakan oleh:
NURIL BINTI MOHAMAD SAAT
Pelajar Latihan Industri,
Bacelor Sains (Sains Bioperubatan dengan Kepujian)

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcGAQ~