Tatacara Pengambilan Ubat Semasa Bulan Ramadan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Tatacara pengambilan ubat semasa Bulan Ramadan

Tatacara pengambilan ubat semasa Bulan Ramadan

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH PESAKIT

🔸 Lambatkan waktu bersahur dan makan dengan secukupnya.

🔸 Jika makan terlalu awal atau sedikit boleh mengakibatkan masalah hipoglisemia.

🔸 Segerakan berbuka puasa.

🔸 Berbuka dengan air dan makan 1-2 biji kurma untuk mendapatkan tenaga dengan segera.

🔸 Digalakkan untuk mengambil hidangan utama selepas solat maghrib.

🔸 Elakkan makan berlebihan ketika berbuka.

🔸 Pilih makanan yang kurang kandungan gula, lemak dan garam.

🔸 Patuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan waktu suntikan insulin yang disyorkan doktor.

🔸 Kenali tanda-tanda hiperglisemia, hipoglisemia dan dehidrasi (kekurangan cairan badan).

🔸 Segeralah berbuka jika terdapat tanda-tanda yang boleh memudaratkan.

Bagi pelanggan menghidap DIABETES yang mengambil ubat  di bawah , sila tukarkan waktu pengambilan ubat dari PAGI kepada WAKTU BERBUKA.

- DIAMICRON MR 60MG (GLICLAZIDE)

- AMARYL 2MG (GLIMIPERIDE)

- JARDIANCE 25MG (EMPAGLUFLOZIN)

- LUSEFI 2.5 MG & 5.0MG (LUSEOGLIFLOZIN)


Perkongsian oleh:
Dr Nurhayati Mohd Sobki

Tarikh Input: 14/03/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUFAe~