
20 hari menjelang Ramadhan.
Mari kita ambil peluang bulan yang penuh barokah untuk berhenti merokok & 'vape'. Jom cuba 5S ini :

Sisih - semua peralatan berkaitan rokok & vape (contohnya : pemetik api, 'ashtray')

Susun - susun jadual harian agar tidak teringat pada aktiviti merokok

Sapu - bersihkan ruang kediaman, sisa asap rokok masih boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ahli keluarga

Seragam - seragamkan niat & matlamat untuk berhenti merokok Ramadhan ini

Sentiasa Amal - kekalkan budaya hidup sihat selepas Ramadhan berakhir
Dapatkan bantuan berhenti merokok PKU 03-97698481/ imbas QR yang tertera.
Info disunting dari Telegram Sihat Milikku,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tarikh Input: 03/03/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | nur_hazalina
PERKONGSIAN MEDIA