Masalah Pendengaran dan Pekerja Berisiko
Menurut Kementerian Sumber Manusia, masalah pendengaran disebabkan bunyi bising merupakan hazad yang tertinggi pada tahun 2012 dengan kes sebanyak 956. Jumlah ini meningkat berbanding tahun 2011 yang mencatatkan 867 kes. Dan terkini pada tahun 2016 dilaporkan sebanyak 2876 kes yang telah disahkan hasil siasatan Jawatan Kuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Statistik ini yang telah dirujuk dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menunjukkan pendedahan kepada bunyi bising sememangnya merupakan cabaran utama dalam sektor pekerjaan. Masalah pendengaran yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising pada jangka masa atau tahap bunyi berlebihan seperti bunyi mesin atau jentera di tempat kerja. Walaubagaimanapun, mendengar bunyi bising di tempat kerja dalam masa singkat dan bukan berulang tidak menjadi ancaman utama kepada deria pendengaran. Namun, jika berulang, ia akan menyebabkan kerosakan kepada pendengaran untuk jangka masa yang panjang.
Kadang-kala ia turut berlaku kepada seseorang guru yang mengajar di sekolah atau di kelas yang terlalu bising ataupun seseorang yang terdedah kepada bunyi televisyen yang bising dan lama. Pada tahun 1998, National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) telah mengeluarkan piawaian tahap kekuatan bunyi dan jangka masa yang dibenarkan untuk terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja. Piawaiannya adalah seperti berikut:
Simptom:
Antara simptom awal anda mendapat masalah pendengaran disebabkan oleh bunyi bising adalah:
Kesan dan komplikasi:
Seseorang yang mengalami masalah pendengaran yang disebabkan bunyi bising ini mungkin turut mengalami pelbagai kesukaran dan masalah seperti berikut.
Siapa yang berisiko?
Golongan pekerja yang berkemungkinan terdedah kepada masalah ini adalah seperti berikut :
Langkah Pencegahan:
Masalah pendengaran disebabkan bunyi bising adalah kerosakan pendengaran jenis kekal dan sukar dipulihkan. DOSH telah membuat dasar untuk menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat kepada pekerja dan majikan. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab bersama pihak majikan dan pekerja untuk mengimplementasi ruang kerja yang sihat dan selamat. Antara akta yang telah dikuatkuasakan oleh DOSH ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Bunyi bising dari persekitaran pekerjaan sememangnya sukar dikawal. Namun, masalah ini dapat dibendung dengan beberapa cara. Antaranya:
|
Tanda keselamatan alat pelindung pendengaran |
|
|
Ear muff Sumber : http://www.sharpesafety.com/ |
Ear plug Sumber : http://www.earplugstore.com/ |
Diagnosis:
Jika terdapat tanda-tanda mempunyai masalah pendengaran disebabkan bunyi bising, berikut adalah garis panduan yang akan dilakukan:
|
Beberapa jenis ABP yang boleh didapati |
Ramai tertanya-tanya adakah mereka masih boleh bekerja setelah didiagnos mempunyai penyakit ini. Jawapannya adalah ya. Anda boleh bekerja tetapi dengan beberapa syarat iaitu :
Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati.
Rujukan:
Tarikh Input: 26/12/2019 | Kemaskini: 26/12/2019 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453