Lindungi Diri Anda Dan Orang Lain Daripada COVID-19 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Lindungi diri anda dan orang lain daripada COVID-19

Lindungi diri anda dan orang lain daripada COVID-19

Apa yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain daripada COVID-19:

 

  • Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara anda dan orang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan anda ketika mereka batuk, bersin atau bercakap. Pertahankan jarak yang lebih jauh antara anda dan orang lain ketika berada di dalam rumah. Semakin jauh, semakin baik.
  • Jadikan pemakaian pelitup muka sebagai kaedah normal untuk diri anda. Penggunaan, penyimpanan dan pembersihan atau pembuangan pelitup muka amat mustahak untuk memastikan kesannya lebih efektif.

 

Kaedah untuk memakai pelitup muka:

 

  • Bersihkan tangan anda sebelum memakai pelitup muka, begitu juga sebelum dan sesudah anda membuangnya. Atau jika anda menyentuhnya pada bila-bila masa.
  • Pastikan ia menutupi hidung, mulut dan dagu.
  • Semasa menanggalkan pelitup muka, pastikan anda simpan dalam beg plastik yang bersih. Cuci pelitup muka tersebut jika ia adalah pelitup muka kain, atau buang pelitup muka perubatan dalam tong sampah.
  • Elakkan menggunakan pelitup muka yang mempunyai injap.

 

Cara untuk menjadikan persekitaran anda lebih selamat:

 

  • Elakkan 3C: ruang yang tertutup, sesak atau melibatkan hubungan yang rapat.
  • Wabak telah dilaporkan berlaku di restoran, kelas kecergasan, kelab malam, pejabat dan tempat-tempat ibadah yang ramai orang berkumpul. Ini kerana persekitaran kawasan tersebut amat sesak disebabkan mereka bercakap dengan kuat, berteriak, bernafas dengan banyak atau menyanyi.
  • Risiko lebih tinggi di tempat yang sesak dan pengudaraan yang kurang baik kerana orang yang dijangkiti dengan COVID-19 menghabiskan banyak masa dalam jarak yang dekat. Persekitaran ini akan memudahkan virus tersebut disebar melalui titisan pernafasan atau aerosol dengan lebih kerap. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil dengan sebaiknya.
  • Berjumpalah dengan orang lain di luar kawasan bangunan. Pertemuan di luar rumah lebih selamat daripada dalam bangunan, terutamanya jika ruang dalam rumah sangat kecil atau udara dari luar sukar untuk masuk.
  • Elakkan berjumpa di tempat yang sesak. Jika tidak dapat dielak, pastikan:
  • Buka tingkap untuk memastikan lebih banyak udara dari luar dapat masuk ke dalam bangunan.
  • Pakai pelitup muka

 

 

Melaksanakan asas kebersihan yang baik

 

  • Bersihkan tangan anda secara berkala dan teliti dengan pembasuh tangan berasaskan alkohol atau basuh dengan sabun dan air. Ini untuk menghilangkan kuman termasuk virus yang mungkin ada di tangan anda.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda. Tangan akan menyentuh banyak permukaan badan dan akan mengumpul virus. Setelah tercemar, tangan boleh memindahkan virus ke mata, hidung atau mulut anda. Akhirnya, virus itu akan masuk ke dalam badan anda dan menjangkiti anda.
  • Tutup mulut dan hidung dengan lengan anda atau menggunakan tisu semasa anda batuk atau bersin. Kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah dan pastikan tangan anda dibasuh. Apabila anda melaksanakan kebersihan pernafasan yang baik, anda akan melindungi orang di sekitar anda daripada virus, yang menyebabkan selesema dan COVID-19.
  • Bersihkan dan nyah kuman permukaan dengan kerap terutama yang disentuh secara berkala, seperti pemegang pintu, pili air dan skrin telefon.

 

Apa yang perlu dilakukan jika anda berasa tidak sihat:

  • Ketahui tanda-tanda gejala COVID-19. Gejala COVID-19 yang paling biasa adalah demam, batuk dan keletihan. Gejala lain yang kurang berlaku termasuk kehilangan rasa atau bau, sakit badan, sakit kepala, sakit tekak, hidung tersumbat, mata merah, cirit-birit, atau ruam pada kulit.
  • Duduk di rumah dan asingkan diri walaupun anda mempunyai simptom ringan seperti batuk, sakit kepala, demam ringan, sehingga anda sembuh. Dapatkan nasihat perubatan dengan berjumpa dengan staf kesihatan atau talian anda untuk mendapatkan nasihat. Minta seseorang untuk membawa bekalan ubatan. Sekiranya anda perlu meninggalkan rumah atau berjumpa dengan orang di sekeliling anda, pakai pelitup muka untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain.
  • Sekiranya anda demam, batuk dan sukar bernafas, segera dapatkan bantuan perubatan. Ikut arahan pihak berkuasa kesihatan tempatan anda.
  • Ikuti perkembangan terkini maklumat dari sumber yang dipercayai, seperti WHO, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). KKM, PKD dan Unit Kesihatan Awam merupakan saluran yang terbaik untuk memberikan nasihat bagi melindungi diri masyarakat kita.

 

Disediakan oleh: Dr Siti Noor Azlidah Binti Ali

PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM SERDANG

 

Rujukan:

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public

 

Tarikh Input: 11/06/2021 | Kemaskini: 11/06/2021 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
W1UJcPAk:15:15