Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia yang bahaya :
merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis.
diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan.
atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Akibat menghirup bahan-bahan kimia ini adalah kerengsaan sistem pernafasan.
seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.
kesihatan janin dalam kandungan akan terancam.
Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).
akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian. Kesan nikotin pada otak manusia dapat diperhatikan dalam jangka masa panjang.
Penggunaan rokok elektronik sebagai rawatan berhenti merokok masih memerlukan kajian lanjut dan sehingga kini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia belum mengeluarkan mana-mana kenyataan berkaitan perkara ini.
Oleh yang demikian, mereka yang ingin berhenti merokok adalah diminta untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri atau mana-mana institusi terdekat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Stop smoking! Stop vaping!
Artikel petik dari : www.doctoroncall.com.my
Disediakan oleh : Muhammad Afiq
Tarikh Input: 25/09/2019 | Kemaskini: 04/10/2019 | nur_hazalina
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453