KECEDERAAN 'TENNIS ELBOW' | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » KECEDERAAN 'TENNIS ELBOW'

KECEDERAAN 'TENNIS ELBOW'

TENNIS ELBOW (LATERAL EPICONDYLITIS)

Tennis Elbow adalah kecederaan berulang (overuse injury) menyebabkan kesakitan pada bahagian siku anda apabila tendon di bahagian siku anda menampung beban yang lebih hasil daripada pergerakan lengan dan pergelangan tangan anda.

Walaupun namanya tennis elbow, namun tidak bererti orang yang bermain tenis saja yang akan mendapat kecederaan ini. Tukang kayu, paip, cat serta mereka yang menggunakan komputer dalam kerja seharian juga berisiko. Pemain sukan yang menggunakan raket boleh mendapat sekiranya pergerakan berulang pukulan kilas belakang (backhand stroke) dengan teknik yang salah.

 

            

 

APAKAH TANDA-TANDANYA :

  1. Kesakitan pada bahagian tepi luar (lateral) siku anda yang juga boleh merebak ke bahagian lengan dan pergelangan tangan.
  2. Sakit dan lemah menyebabkan kesukaran untuk berjabat tangan atau mengenggam objek, memulas tombol pintu & memegang cawan/gelas.

APAKAH RAWATAN YANG BERSESUAIAN?

Rawatan bergantung kepada tahap keterukan kecederaan ini.

  1. Ubatan - secara makan atau suntikan
  2. Rawatan Fisioterapi 
  3. Pendakap pergelangan tangan (brace)
  4. Pembedahan - pilihan terakhir sekiranya kondisi tidak bertambah baik setelah rawatan konservatif 

BAGAIMANA IA BOLEH DICEGAH :

📌 Elakkan pergerakan yang berulang dalam tempoh masa yang lama sewaktu melakukan aktiviti seperti menggenggam atau pergerakan memusing menggunakan lengan. 

📌 Mengurangkan pergerakan yang menyebabkan sakit. Sekiranya anda seorang atlet yang menggunakan raket, harus membetulkan semula teknik latihan.

📌 Pastikan pergerakan sendi siku dan pergelangan tangan dalam keadaan yang selesa sewaktu melakukan aktiviti.

📌 Pastikan tidak memberi bebanan yang berat pada sendi lengan dengan mengangkat atau menjinjing objek yang berat dan tidak seimbang secara berterusan. 

Jangan biarkan kesakitan anda menjadi kronik tanpa membuat sebarang rawatan. 
Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan yang berhampiran anda.

Disediakan oleh : Encik Muhammad Nazari bin Ismail (Unit Perubatan Sukan)

Tarikh Input: 03/05/2021 | Kemaskini: 03/05/2021 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
W1UJaFAO:05:16