JEREBU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » JEREBU

JEREBU

Kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan bahagian Barat Sarawak.

 

Warga kampus disarankan supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara dengan cara :

a) Muat turun aplikasi mobile Indeks Pencemar Udara (MyIPU) di telefon pintar anda melalui Google Play Store/ App Store

b) Merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar di http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html

 

 

Jika kualiti udara tidak sihat, amalkanlah langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan sebagaimana berikut :

i- Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan  metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan  cuaca panas;

ii- Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan   topi;

 

iii- Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman;

iv- Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;

v- Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengelakkan dihidrasi (dehydration) ;

vi- Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan;

vii- Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan

viii- Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

 

Disediakan oleh :

Dr Aditya Adawiah binti Darwis
Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam
Pusat Kesihatan Universiti UPM

 

Tarikh Input: 19/09/2019 | Kemaskini: 19/09/2019 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaHAz~