JERAWAT PEKERJAAN | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » JERAWAT PEKERJAAN

JERAWAT PEKERJAAN

Apakah Jerawat Pekerjaan?

Jerawat pekerjaan adalah jerawat yang terhasil akibat keradangan pada kelenjar sebum. Kelenjar sebum berfungsi dalam menghasilkan minyak bagi memelihara kelembapan kulit. Keradangan berlaku apabila bahan kimia tertentu menyekat liang-liang kulit menyebabkan pengumpulan minyak dan pembentukan protein kulit yang dipanggil keratin. Pengumpulan bahan berminyak dan keratin menghasilkan plak hitam, dan membentuk jerawat pekerjaan.

 

Tiga kumpulan bahan kimia berbeza yang diketahui boleh menyebabkan tiga jenis jerawat:

Kumpulan 1 - petroleum dan derivatifnya, terutama semua sebatian yang terdapat dalam minyak mentah, menyebabkan jerawat minyak; minyak pemotong (cutting oils), minyak kerja logam.

Kumpulan 2 - produk tar arang batu tertentu menyebabkan jerawat tar arang batu.

Kumpulan 3 - sebatian aromatik terhalogen, seperti bifenil polychlorinated, menyebabkan kloracne.

 

Jadual

Penyebab jerawat pekerjaan mengikut kumpulan pekerjaan

Agen

Jenis Jerawat

Kumpulan Pekerjaan

Petroleum dan derivatifnya:
Minyak mentah dan pecahannya
Cutting oils

Jerawat minyak

Pengendali alatan mesin, mekanik, pekerja yang terdedah kepada petroleum dan derivatifnya

Produk tar arang batu:

Minyak tar arang batu

Pitch

Creosote

Jerawat tar arang batu

Pekerja loji tar arang batu, pekerja binaan, pembina atap, pekerja penurap jalan, pekerja pengawet kayu

Sebatian aromatik terhalogen:
Chloronaphthalenes
Polychlorinated biphenyls (PCBs)
Polychlorinated dibenzofurans (PCDFs)
Polychlorinated dibenzo-p-dioxins (PCDDs) for example 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin (TCDD)
3,4,3',4'-Tetrachloroazoxybenzene (TCAOB)
3,4,3',4'-Tetrachloroazobenzene (TAB.)

Khloracne

Pekerja pembuatan bahan kimia, pekerja makmal, pekerja penyelenggaraan, pekerja pengendalian bahan sisa, pekerja dalam industri yang menggunakan hidrokarbon terhalogen tertentu

 

Apakah yang Menyebabkan Jerawat Minyak?

Minyak pemotong (Cutting oils) berasaskan gris dan petroleum boleh menyebabkan jerawat minyak. Antara tanda jerawat minyak adalah lepuh dan bintik-bintik kecil di kawasan tubuh yang banyak terdedah kepada minyak, seperti lengan dan tangan. Kawasan lain seperti perut dan peha mungkin terjejas terutama jika ia dilitupi dengan pakaian yang kerap dibasahi minyak. Liang-liang kulit yang tersumbat akan membentuk plak yang terhasil daripada gabungan tindakbalas kimia antara campuran minyak, keratin dan udara.

Pekerja yang mempunyai jerawat minyak harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Tanpa rawatan, jerawat minyak berkemungkinan akan timbul secara berterusan selama berbulan-bulan walau pun pendedahan terhadap minyak telah pun berhenti. Kesan jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser kulit sekiranya lesi kulit yang disebabkan oleh pendedahan berulang kepada produk petroleum tersebut tidak dirawat.

Ciri-ciri yang berkaitan dengan jerawat minyak termasuk kulit menjadi gelap akibat tindak balas abnormal pada kulit apabila terdedah pada cahaya matahari. Kulit menjadi gelap disebabkan oleh pengeluaran pigmen melanin yang berlebihan. Ia berlaku terutamanya di kawasan tubuh yang tinggi pendedahan terhadap cutting oils dan pada masa yang sama terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat beberapa jenis bahan kimia turut berpotensi menjadi lebih toksik dengan kehadiran cahaya matahari.

 

Apakah yang Menyebabkan Jerawat Arang Batu?

 

Produk arang batu boleh menyebabkan jerawat batu arang. Jerawat batu arang terhasil akibat tindakbalas kimia antara bahan berminyak dan keratin yang membentuk plak hitam. Plak ini kebiasaannya ditemui di sekeliling mata. Secara amnya, jerawat arang batu hilang dengan cepat tetapi dalam beberapa kes ia mungkin kekal lama walau pun sudah tiada lagi pendedahan baru. Individu yang mempunyai jerawat batu arang akan mengalami kulit yang agak gelap. Kulit juga boleh menjadi kemerahan dan pedih selepas terdedah kepada cahaya. Luka pada kulit yang disebabkan oleh pendedahan terhadap produk tar arang batu boleh menjadi kanser kulit sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh yang lama.

 

Apakah yang Menyebabkan Kloracne?

Kloracne terhasil disebabkan oleh pendedahan terhadap pelbagai jenis sebatian aromatik terhalogen. Tindakbalas antara produk berminyak dan keratin akan membentuk sista kuning dan plak kelabu yang seterusnya membentuk kloracne. Kawasan kulit yang terlibat kebanyakannya berlaku di muka, tetapi dalam kes yang lebih teruk ia melibatkan bahu dan dada, belakang, dan perut. Dalam kes yang paling serius, lesi juga muncul pada lengan, paha, kaki, tangan dan kaki. Kebiasaannya, kloroacne terjadi akibat sentuhan produk berminyak secara langsung pada kulit. Kloracne boleh terus terhasil walau pun setelah tiga hingga empat minggu selepas pendedahan dan ia boleh bertahan sehingga lima belas tahun walaupun pendedahan telah pun berhenti.

Komplikasi yang berkaitan dengan kloracne termasuk penyakit hati, bronkitis, loya, muntah, dan cirit-birit. Terdapat juga kesan toksik pada sistem saraf yang mengakibatkan gejala seperti sakit kepala, keletihan, kerengsaan, berpeluh tapak tangan dan kebas pada kaki.

 

Bagaimana untuk Mencegah Jerawat Pekerjaan?

Jerawat pekerjaan boleh dielakkan melalui langkah-langkah seperti penghapusan, kawalan kejuruteraan, kebersihan diri dan perlindungan diri.

Mengelakkan sentuhan dengan produk yang berbahaya dapat membantu mengelakkan penyakit. Selagi mana ia praktikal, mana-mana penggunaan bahan berbahaya hendaklah digantikan kepada bahan tidak berbahaya di tempat kerja.

Kawalan kejuruteraan adalah penting untuk mengurangkan pendedahan terhadap pekerja. Salah satu cara adalah dengan menutup ruang di mana produk berminyak itu diproses dan memisahkan ia daripada pekerja. Penggunaan sistem ekzos tempatan juga dapat membantu mengelakkan minyak diserap secara langsung melalui kulit dan diinhalasi oleh pekerja. Menggunakan alat semburan yang direka khas turut membantu mengurangkan percikan bahan berbahaya.

Kawalan pentadbiran merupakan salah satu kaedah pencegahan yang penting dan perlu diberi perhatian. Ini termasuklah pendidikan dan latihan tentang bahaya produk, kebersihan diri, dan kaedah untuk mengurangkan pendedahan (cth penggiliran kerja). Kebersihan diri, termasuk mencuci tangan adalah sangat penting untuk mencegah jerawat pekerjaan. Tempat kerja hendaklah disediakan bilik persalinan, pancuran mandian dan kemudahan mandian, dan pekerja hendaklah memakai pakaian yang bersih setiap hari.

Penggunaan alat pelindung diri termasuk alat pelindung mata (goggle), sarung tangan, apron dan lain-lain secara spesifik adalah mengikut tugas dan jenis bahan kimia yang digunakan. Pastikan ia dipilih dengan betul kerana tidak semua alat pelindung diri memberikan perlindungan terhadap semua bahan berbahaya.

Pekerja harus menyemak Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia (MSDS) yang memberikan maklumat tentang kesan kesihatan akibat pendedahan dan cara penggunaan produk yang selamat. Pekerja juga harus memastikan bahawa bahan yang digunakan di tempat kerja dilabel dengan betul dan mengamalkan etika kerja yang selamat.

 

Disunting oleh :

Dr Arma Noor
Ketua Bahagian Kesihatan Pekerjaan

 

 

Rujukan

https://www.ccohs.ca/oshanswers/diseases/acne.html

Tarikh Input: 18/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdGAl~