Jantung Adalah Penyebab Utama Kematian | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Jantung adalah Penyebab Utama Kematian

Jantung adalah Penyebab Utama Kematian

29 September merupakan Hari Jantung Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia bagi menyebarkan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan jantung.

 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit jantung kronik.
Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit jantung dan salur darah (kardiovaskular). Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan kes serangan jantung.

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung, seperti sakit dada di sebelah kiri yang menjalar ke leher, rahang atau bahu sebelah kiri yang disertai dengan sesak nafas, peluh dingin dan merasa gelisah, terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung.

Terdapat perkara yang diberi penekanan oleh KKM untuk perhatian kita semua bagi mendapatkan jantung yang sihat :
1. Melakukan senaman membantu merehatkan pembuluh darah dan merangsang penghasilan Nitrik Oksida (NO) dalam badan yang membantu melindungi sistem kardiovasikular.
2. Mengambil diet yang seimbang dengan mengambil makanan yg kaya Essential Fatty Acid (EPA) & Asid Lemak DHA Omega-3 boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
3. Mengawal berat badan dapat memberikan berat badan yang ideal & membantu arteri berfungsi dengan baik lalu melancarkan aliran darah.
4. Senaman, diet seimbang, dan mencapai berat badan ideal akan dapat menyumbang kpd kesihatan endothelium (lapisan dalam salur darah) dan seterusnya fungsi sistem kardiovaskular yang lebih optimum
Bahagian Kesihatan Awam,
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 22/09/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcBAm~