Hari Kesihatan Sedunia | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Hari Kesihatan Sedunia

Hari Kesihatan Sedunia

HARI KESIHATAN SEDUNIA

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun semenjak tahun 1950 dengan tema yang berbeza untuk meningkatakan kesedaran masyarakat sedunia mengenai isu utama dan terkini berkaitan kesihatan.

“OUR PLANET, OUR HEALTH” (PLANET KITA, KESIHATAN KITA) adalah tema Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini dan ia menggambarkan bahawa kesihatan manusia sejagat bergantung kepada keadaan planet bumi. Jika planet kita dalam keadaan baik dan seimbang dari segi ekosistem, pembangunan, ekonomi, polik dan sosial, maka usaha ke arah kesihatan yang lebih baik akan dapat dicapai dengan mudah.

Sayangnya, keadaan bumi kita sekarang adalah sebaliknya.

Pencemaran udara yang berlaku sekarang menyebabkan lebih 90 % penduduk dunia menghirup udara yang tidak sihat dan ia meningkatkan risiko penyakit kanser paru-paru serta penyakit pernafasan yang lain. Pemanasan global susulan aktiviti pembangunan yang tidak terkawal meningkatkan risiko banjir serta penyakit berjangkit seperti typhoid, demam denggi serta leptospirosis. Kekurangan atau kesukaran mendapatkan air yang bersih dan berkualiti menyebabkan 829 000 orang meninggal disebabkan penyakit bawaan air dan makanan. Kepadatan penduduk yang tinggi, kemiskinan serta akses kesihatan yang sukar memburukkan lagi statistik penyakit yang sedia ada.

Kesimpulannya, kemusnahan bumi akan merosakkan kesihatan manusia. Oleh itu, marilah kita memainkan peranan masing-masing untuk menyelamatkan bumi dan menjaga kesihatan kita bersama.
#HealthierTomorrow

Tarikh Input: 07/04/2022 | Kemaskini: 12/05/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdSA3~