Hari Hepatitis Sedunia 2023 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Hari Hepatitis Sedunia 2023

Hari Hepatitis Sedunia 2023

Dunia menyambut Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai pada setiap tahun. Pada tahun ini memegang pada tema "We're not waiting". Ini adalah seruan untuk mempercepatkan usaha penghapusan hepatitis virus dan keperluan mendesak untuk menggalakkan ujian dan penerimaan rawatan untuk yang memerlukannya.

APA ITU HEPATITIS?

Hepatitis merupakan sejenis inflamasi yang berlaku pada organ hati. Setiap tahun, 50,000 orang di seluruh dunia terkesan dengan penyakit ini. Malah, hepatitis juga merupakan punca utama kanser hati dan juga pemindahan organ hati.

Penyakit hepatitis boleh bersifat akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang). Ada beberapa jenis hepatitis yang dapat menyebabkan jangkitan bersifat akut. Ada juga yang boleh menyebabkan kedua-dua jangkitan akut dan juga kronik.

JENIS-JENIS HEPATITIS

Hepatitis terbahagi kepada 5 jenis iaitu hepatitis A, B, C, D dan E. Kelima-lima jenis hepatitis ini mempunyai simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

Virus hepatitis A boleh dijumpai di dalam najis individu yang sakit. Selalunya, hepatitis A disebarkan oleh mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit seperti pasangan suami isteri ataupun ahli keluarga.Selain itu, hepatitis A juga boleh disebarkan melalui makanan ataupun air yang telah dicemari oleh virus HAV.

Virus hepatitis B pula boleh dijumpai di dalam darah dan cecair badan. Virus ini boleh menjangkiti orang lain apabila darah atau sebarang cecair badan individu yang sakit bertindak memasuki badan orang lain yang tidak mempunyai imunisasi.

Sama seperti hepatitis B, hepatitis C boleh merebak dengan cara yang sama. Oleh sebab itu, mereka yang melakukan seks yang tidak selamat atau pernah berkongsi jarum suntikan yang sama amat berisiko untuk menghidap hepatitis B dan C.

Anak juga boleh mengalami hepatitis B dan C jika ibu mereka dijangkiti hepatitis ketika melahirkan anak.

Tidak seperti hepatitis A yang boleh sembuh setelah jangkitan berakhir, penghidap hepatitis B dan C berisiko untuk mengalami jangkitan serius yang berlangsung seumur hidup.


RAWATAN

Vaksin bagi Hep A digalakkan untuk semua kanak-kanak yang berusia 12-32 bulan. Jangkitan hepatitis B boleh dielakkan dengan cara menjauhkan diri daripada aktiviti tidak sihat seperti seks yang tidak selamat dan pengambilan dadah. Vaksinasi juga boleh didapati untuk mengelakkan jangkitan hepatitis B.Hepatitis C pula merupakan satu-satunya jangkitan kronik yang boleh dirawat. Rawatan mungkin mengambil masa 12 hingga 24 minggu. Tiada vaksin untuk Hep C.

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcGAS~