FLOS GIGI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » FLOS GIGI

FLOS GIGI

Jom flos gigi!

Menggosok gigi sahaja masih belum sempurna jika anda tidak menggunakan floss. Floss adalah satu tindakan untuk membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang khas.

Jika kebiasannya anda hanya gosok gigi dan berkumur dengan pembersih mulut, menggunakan floss adalah rawatan pembersihan rongga mulut khususnya bahagian gigi dengan lebih teliti. Jadi, dengan meletakkan benang floss yang khas di celah setiap gigi kemudian menarik – nariknya kebersihan mulut anda akan lebih terjamin.

Jika anda tidak menggunakan floss gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria untuk membiak. Lebih teruk lagi jika anda mendapat penyakit gusi kerana memandang remehtentang kepentingan penggunaan floss.

Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara kesan dari penjagaan mulut yang salah. Perkara sebegitu boleh terjadi kerana anda tidak mengendahkan butir kecil makanan yang terselit di sudut terlindung antara gigi dan pembiakan bakteria di kawasan gigi anda.

Gusi anda mungkin boleh berdarah apabila anda menggunakan floss. Ada beberapa penyebab keadaan ini boleh berlaku antaranya adalah :

  1. Teknik yang salah seperti tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan gusi tercedera, oleh itu pendarahan kecil boleh berlaku.
  2. Petanda gusi anda sebenarnya kurang sihat (penyakit gingivitis). Gusi yang kurang sihat sememangnya mudah berdarah apabila diflos atau diberus dengan menggunakan berus gigi.

 

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:

  1. Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
  2. Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
  3. Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
  4. Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

 

Sumber : myhealth.gov (KKM)

 

 

Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 28/08/2019 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEXRA7~