4 LANGKAH UTAMA UNTUK BERHENTI MEROKOK | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » 4 LANGKAH UTAMA UNTUK BERHENTI MEROKOK

4 LANGKAH UTAMA UNTUK BERHENTI MEROKOK

 

  • TETAPKAN TARIKH UNTUK BERHENTI

 Pilih tarikh yang sesuai & dicadangkan dalam masa 2 minggu selepas anda bersedia untuk berhenti. Tarikh yang agak jauh akan menghilangkan motivasi untuk berhenti. Sekiranya anda kerap merokok ketika bekerja, mula berhenti ketika waktu hujung minggu dan anda mempunyai beberapa hari untuk menyesuaikan diri.

 

  • MAKLUMKAN KEPADA PASANGAN/ KELUARGA & RAKAN ANDA

 Beritahu pasangan, keluarga dan rakan sekerja rancangan anda untuk berhenti merokok & maklumkan bahawa anda memerlukan sokongan & galakan untuk berhenti. Cari rakan yang ingin berhenti merokok supaya anda & rakan boleh bersama-sama mengharungi waktu yang sukar.

 

  • KENALPASTI CABARAN & PENYEBAB GAGAL BERHENTI MEROKOK

 Sentiasa kekal positif dalam menangani sebarang bentuk tekanan. Jadikan masalah sebagai cabaran untuk anda kekal tidak merokok. Sentiasa bersungguh-sungguh  untuk mencapai matlamat anda. Kuatkan azam dan bertekad ‘Saya boleh berhenti merokok!’

 

  • BUANG SEGALA BARANG YANG BERKAITAN DENGAN ROKOK.

Alihkan/ buang segala bentuk produk tembakau, bekas abu rokok, pemetik api, mancis & sebagainya. Sibukkan diri dengan membuat aktiviti yang berfaedah, senaman dan hindarkan diri dari sebarang bentuk tekanan.  

Disediakan oleh : Sr. Nurhazalina Mohamed

Tarikh Input: 10/07/2019 | Kemaskini: 10/07/2019 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566150834