MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN (I-CHANGE) DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN (I-CHANGE) DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN (I-CHANGE) DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR

 

28 Februari 2024 - Pusat Kesihatan telah melancarkan Majlis Perasmian Program Pengurusan Berat Badan atau I-CHANGE di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar(FHAS) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

 

Program I-CHANGE yang pertama pada tahun ini dijangkakan akan berlangsung sehingga September 2024 dengan menyasarkan kumpulan staf dari FHAS yang mampu beroleh manfaat di akhir program ini. Program I-CHANGE pada kali ini diberikan kelainan dengan selitan Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit yang digunakan oleh pihak KKM sejak tahun 2020.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan FHAS, Dr Amir Affan Abdul Azim ini dimulakan dengan ujian kecergasan yang diuruskan oleh pasukan Jurupulih Perubatan Fisioterapi PKD Petaling. Kemudian diteruskan dengan sesi ceramah-ceramah berkaitan amalan pemakanan sihat, pelan senaman yang efektif, ceramah motivasi dan sebagainya.

Sasaran program ini secara umumnya adalah untuk bersama-sama mengurangkan faktor risiko kes-kes penyakit kronik dikalangan staf UPM selain meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyakit kronik. Dalam masa sama membantu menyalurkan cara yang efektif dalam meneruskan misi menurunkan berat badan kepada staf yang berminat.

Pihak urusetia program menyalurkan penghargaan kepada pihak FHAS yang memberi sambutan serta sokongan yang baik terhadap program yang dijalankan


Disediakan oleh:
Bahagian Kesihatan Awam,
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 06/03/2024 | Kemaskini: 06/03/2024 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEbQA7~