SEMINAR KEJURURAWATAN PINTAR 2026 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » SEMINAR KEJURURAWATAN PINTAR 2026

SEMINAR KEJURURAWATAN PINTAR 2026

Serdang, 5 Mei 2026 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Seminar Kejururawatan Pintar 2026 yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini telah diadakan di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penggunaan teknologi dalam bidang kejururawatan, di samping memperkukuh nilai kemanusiaan dan etika dalam penjagaan pesakit. Selain itu, seminar ini turut memberi pendedahan kepada perkembangan terkini, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penjagaan kesihatan, bagi memastikan amalan kejururawatan sentiasa relevan dengan kemajuan semasa. Penyertaan seminar ini terbuka kepada semua warga kesihatan, pelajar serta individu yang berminat. Peserta turut menerima sijil penyertaan, mata CPD, serta peluang cabutan bertuah.

        

Seramai lima (5) orang staf daripada Pusat Kesihatan Universiti UPM telah menghadiri seminar tersebut. Peserta terdiri daripada dua (2) orang Penyelia Jururawat, dua (2) orang Ketua Jururawat, dan seorang (1) jururawat. 

Sesi seminar telah dikendalikan oleh panel penceramah Seminar Kejururawatan Pintar 2026 yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kejururawatan dan kesihatan digital. Seminar ini dianjurkan oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Penganjuran Seminar Kejururawatan Pintar 2026 telah dilaksanakan oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

 

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | khairulhaziq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:48:47pm-04:53:47pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]