WORLD CANCER DAY 04 FEBRUARY 2025 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» ARTICLE » WORLD CANCER DAY 04 FEBRUARY 2025

WORLD CANCER DAY 04 FEBRUARY 2025

 

Hari Kanser Sedunia, yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, merupakan hari penting untuk meningkatkan kesedaran global mengenai penyakit kanser serta langkah-langkah untuk mengurangkan impaknya. Pada tahun 2025, tema kempen  "United by Unique" adalah tentang memahami keunikan dan cabaran setiap individu dalam menentang kanser.

Kanser

Kanser adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan hampir 10 juta kematian akibat kanser direkodkan pada tahun 2020, dan jumlah ini dijangka meningkat setiap tahun. Antara kanser yang paling kerap berlaku ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolorektal, dan kanser prostat. Namun begitu, kira-kira satu pertiga daripada kes kanser boleh dicegah melalui langkah pencegahan sepertu gaya hidup sihat, pengesanan awal , dan rawatan yang efektif.

Langkah-langkah Pencegahan Kanser

  • Pemakanan Sihat

Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

  • Aktiviti Fizikal

Senaman yang kerap dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit , termasuk kanser.

  • Elakkan Rokok dan Alkohol Berlebihan

Merokok adalah penyebab utama kanser paru-paru, manakala pengambilan alkohol yang berlebihan meningkatkan risiko kanser hati dan payudara.

  • Pengesanan Awal

Pemeriksaan berkala seperti mamogram dan ujian Pap smear amat penting untuk pengesanan awal kanser.

  • Peranan Komuniti

Hari Kanser Sedunia 2025 mengingatkan kita bahawa memerangi kanser bukanlah tanggungjawab individu semata-mata. Usaha ini memerlukan kerjasama secara kolektif, termasuk pendidikan masyarakat, penambahbaikan sistem kesihatan, dan sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka. Setiap individu juga boleh memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat melalui penggunaan media sosial, menyokong kempen amal yang dijalankan , atau menjadi sukarelawan dalam program komuniti.

Sempena Hari Kanser Sedunia 2025, marilah kita bersama-sama menjadikan kesihatan sebagai keutamaan, memperjuangkan keadilan dalam penjagaan kesihatan, dan memberi harapan kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser.

"United by Unique”

Disediakan oleh,

Bahagian Kesihatan Awam, PKU UPM

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

                     

Date of Input: 04/02/2025 | Updated: 05/02/2025 | nursyamimi

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
F, (05:52:56pm-05:57:56pm, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]