SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » SLE (Sistemik Lupus Eritematosus)

SLE (Sistemik Lupus Eritematosus)

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

 

Dianggarkan lebih 10,000 orang rakyat Malaysia disahkan menghidap SLE sejak 30 tahun lalu.

90 peratus daripada pesakit merupakan golongan wanita.

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan nukleus sel tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah dan jantung

SLE dapat dikesan berdasarkan beberapa kriteria klinikal dan ujian makmal. Di makmal Unit Autoimun, kami menjalankan ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE iatu ujian ENA (Extractable Nuclear Antigen). Ini termasuk anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB).
Rawatan kepada pesakit SLE adalah bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami. Gabungan ubat-ubatan seperti NSAIDs, hydroxychloroquine, kortikosteroid dan immunosupresif biasanya digunakan bagi mengawal penyakit dan menghalang organ-organ yang diserang dari terus rosak.

Maklumat lanjut tentang ujian-ujian yang kami tawarkan boleh didapati di laman sesawang IMR. Lawati www.imr.gov.my

Rujukan:
www.lupusmalaysia.org

Nota: Artikel ini juga boleh dibaca di Ruangan Sudut Membaca dihadapan Makmal. 

Artikel ini disediakan oleh:
Izzatussofia binti Baharudin
Juruteknologi Makmal Perubatan, 
Unit Makmal, PKU. 

Tarikh Input: 01/08/2018 | Kemaskini: 12/05/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEREAU~