Ramadhan Tiba | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Ramadhan Tiba

Ramadhan Tiba

   
   


20 hari menjelang Ramadhan.

Mari kita ambil peluang bulan yang penuh barokah untuk berhenti merokok & 'vape'. Jom cuba 5S ini :

✅ Sisih - semua peralatan berkaitan rokok & vape (contohnya : pemetik api, 'ashtray')

✅ Susun - susun jadual harian agar tidak teringat pada aktiviti merokok

✅ Sapu - bersihkan ruang kediaman, sisa asap rokok masih boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ahli keluarga

✅ Seragam - seragamkan niat & matlamat untuk berhenti merokok Ramadhan ini

✅ Sentiasa Amal - kekalkan budaya hidup sihat selepas Ramadhan berakhir

Dapatkan bantuan berhenti merokok PKU 03-97698481/ imbas QR yang tertera.

Info disunting dari Telegram Sihat Milikku,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tarikh Input: 03/03/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETJA2~