HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024- 7 APRIL 2024 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» ARTICLE » HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024- 7 APRIL 2024

HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024- 7 APRIL 2024

'HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024'- 7 APRIL 2024

WHO Council on the Economics of Health telah mendapati bahawa sekurang-kurangnya 140 negara mengiktiraf kesihatan sebagai hak asasi manusia dalam perlembagaan mereka. Namun terdapat negara yang tidak meluluskan dan melaksanakan undang-undang untuk memastikan penduduk mereka berhak mendapat perkhidmatan kesihatan. Ini menyokong fakta bahawa sekurang-kurangnya 4.5 bilion orang - lebih separuh daripada penduduk dunia - tidak dilindungi sepenuhnya oleh perkhidmatan kesihatan penting pada tahun 2021.

Untuk menangani jenis cabaran ini, tema Hari Kesihatan Sedunia pada tahun 2024 ialah 'Kesihatan saya, hak saya'.

Tema tahun ini dipilih untuk memperjuangkan hak semua orang untuk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan maklumat yang berkualiti, serta air minuman yang selamat, udara bersih, pemakanan yang baik, perumahan berkualiti, keadaan kerja dan persekitaran yang baik, dan kebebasan daripada diskriminasi.


"SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN SEDUNIA"
"KESIHATAN SAYA, HAK SAYA"

Bahagian Kesihatan Awam,
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia.

Date of Input: 03/04/2024 | Updated: 03/04/2024 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXFDKAC~