

17 Disember 2025, Serdang – Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah memainkan peranan penting dengan mengendalikan checkpoint sempena Program PUTRASihat 10,000 Langkah Siri 4 yang berlangsung di sekitar kampus Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam program ini, PKU telah menyediakan tugasan berbentuk soal selidik berkaitan amalan senaman dalam gaya hidup sihat kepada para peserta. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pengamalan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Selain itu, pasukan standby PKU sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga sepanjang program berlangsung bagi memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan peserta sentiasa terpelihara. Langkah ini selaras dengan komitmen berterusan PKU dalam menyokong penganjuran program kesihatan yang selamat, berkesan dan berimpak tinggi.
Program ini turut diserikan dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh pasukan Fit By Beat PKU, yang menerima sambutan amat menggalakkan daripada para peserta. Aktiviti ini bukan sahaja menyuntik semangat, malah berjaya meningkatkan motivasi peserta untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Penglibatan aktif PKU dalam Program PUTRASihat 10,000 Langkah Siri 4 jelas mencerminkan peranan berterusan pusat ini dalam mempromosikan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan warga universiti secara holistik.
Date of Input: 19/12/2025 | Updated: 19/12/2025 | nurafifah

Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.