Program ‘Lens Of Knowledge 2.3: Colours With Community! | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Program ‘Lens of Knowledge 2.3: Colours with Community!

Program ‘Lens of Knowledge 2.3: Colours with Community!

Bandar Baru Bangi, 11 September 2025 –

Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyahut jemputan daripada Sekolah Pengajian Siswazah (UPM) untuk menyertai Program Komuniti Kesihatan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda, Sg. Merab, Bangi, Selangor.

Program ini menyasarkan pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 16 tahun dan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keterjaminan makanan dan pertanian dalam kalangan komuniti sasaran. Sebagai rakan kerjasama, Bahagian Kesihatan Pergigian telah membuka kaunter konsultasi dan pemeriksaan pergigian percuma kepada para pelajar dan warga sekolah.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Khairudin bin Abas, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang program, termasuk pembangunan laman ilmu tani, demonstrasi pembuatan kokedama, serta ceramah bertajuk “Identifying Safe Touch” dan “Digital Literacy.”

 

Reruai Bahagian Kesihatan Pergigian menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai 70 pelajar sekolah telah menjalani pemeriksaan pergigian sepanjang program berlangsung.

Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan dan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh usaha ke arah kesejahteraan dan kesihatan masyarakat.

Date of Input: 29/10/2025 | Updated: 29/10/2025 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
Z, (07:30:24am-07:35:24am, 07 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]