PROGRAM I-SIHAT 2.0 DI KOLEJ 13 ANJURAN KURSUS PENGURUSAN MAJLIS | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » PROGRAM I-SIHAT 2.0 DI KOLEJ 13 ANJURAN KURSUS PENGURUSAN MAJLIS

PROGRAM I-SIHAT 2.0 DI KOLEJ 13 ANJURAN KURSUS PENGURUSAN MAJLIS

11 Jun 2022, UPM Serdang – Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (PKU, UPM) telah menerima jemputan untuk menjalankan aktiviti Pemeriksaan & Pameran Kesihatan daripada pelajar Pengurusan Majlis (QKW2109) Kumpulan 1  sempena Program i-Sihat 2.0. 

Program ini berlangsung  di Dewan Putra 1 Kolej 13, UPM dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur seperti Zumba bersama Zin Yasmin, Ceramah Kesihatan oleh  Profesor Madya Dr. Malina bt Osman, Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, aktiviti jualan pelajar dan Pemeriksaan & Pameran Kesihatan oleh PKU.

PKU telah menghantar seramai 9 orang petugas yang diketuai oleh Dr. Aditya Adawiah Darwis. Seramai 81 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar UPM dan penduduk setempat telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat konsultasi perubatan percuma.

Selain itu, pameran kesihatan berkaitan denggi dan kesihatan reproduktif turut disediakan oleh PKU untuk para pengunjung yang berminat. Berdasarkan trend peningkatan kes demam denggi di kawasan UPM dan sekitarnya, pengetahuan dan amalan pencegahan demam denggi adalah fokus utama pameran ini. Manakala pemeran kesihatan reproduktif pula diadakan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang perkara asas berkaitan seperti fakta berkaitan menstruasi, penyakit jangkitan seksual dan cara pencegahannya. 

Diharapkan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak PKU seperti ini akan memberikan dorongan positif terhadap penjagaan kesihatan dan pameran kesihatan yang dijalankan dapat memberikan informasi  yang terbaik kepada warga UPM dan masyarakat setempat sebagai panduan untuk amalan gaya hidup sihat yang berterusan dan menyeluruh.

 

         

 

        

 

        

 

                       

 

Disediakan oleh :
Dr Aditya Adawiyah & Pn Intan Noor Aiza.
Bahagian Kesihatan Awam.

 

Date of Input: 22/06/2022 | Updated: 22/06/2022 | nur_hazalina

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUTAK~