PKU UPM CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2023/2024 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE 127
» NEWS » PKU UPM CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2023/2024

PKU UPM CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2023/2024



Serdang, 2 Disember 2024 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merangkul tempat Top 5 daripada 71 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam Pencapaian Bintang Pengurusan Pentadbiran 2023/2024.

Penarafan ini diberikan berdasarkan peratusan wajaran yang menggabungkan kedua-dua komponen Pengurusan Pelanggan dan Transformasi yang dilaksanakan dengan cemerlang oleh semua PTJ di UPM.

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi serta usaha berterusan pihak PKU dalam mempertingkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja PKU UPM atas pencapaian membanggakan ini.

Semoga PKU terus maju dan cemerlang di masa hadapan!

Date of Input: 05/12/2024 | Updated: 09/12/2024 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:26:30am-04:31:30am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]