Pelajar UPM Diseru Utamakan Kesihatan Fizikal Dan Mental | UNIVERSITY HEALTH CENTRE 127
» NEWS » Pelajar UPM Diseru Utamakan Kesihatan Fizikal dan Mental

Pelajar UPM Diseru Utamakan Kesihatan Fizikal dan Mental

Disediakan oleh
Disunting oeh: Opie Bamad

Serdang, 7 Januari 2026 – Bahagian Kesihatan Pergigian telah menyertai program Wellness Open Day: Your Health, Your Power, anjuran Majlis Perwakilan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan kesejahteraan fizikal, mental, dan amalan gaya hidup sihat.

 

Program yang berlangsung sejak pagi itu menyaksikan pengunjung berpeluang menjalani saringan asas kesihatan, mendapatkan konsultasi bersama pegawai perubatan, serta menghadiri sesi kaunseling oleh pelajar tahun akhir Kelab Kaunseling UPM. Turut menyediakan khidmat nasihat sepanjang program ialah Jabatan Dietetik HSAAS dan program M-Quit yang memberi panduan berhenti merokok.

 

Seawal jam 8.30 pagi, Bahagian Kesihatan Pergigian mula menerima pengunjung untuk pemeriksaan gigi dan konsultasi. Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana, dengan hadiah saguhati berupa ubat gigi dan berus gigi diberikan kepada pengunjung bertuah. Seramai 49 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pergigian, dan mereka turut dipelawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Kesihatan UPM.

Program ini merupakan penglibatan pertama Bahagian Kesihatan Pergigian dalam program kemasyarakatan bagi tahun 2026. Pihak bahagian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perwakilan FSKTM atas jemputan yang diberikan, dan diharapkan penglibatan kali ini dapat meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan pelajar dan pengunjung.

 

Date of Input: 04/02/2026 | Updated: 04/02/2026 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:53:46am-04:58:46am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]