Lawatan Ilmiah UMT 2023 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Lawatan Ilmiah UMT 2023

Lawatan Ilmiah UMT 2023

Lawatan Ilmiah PKU UMT

16 Mac, Serdang- Seramai 20 orang pelawat dari Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Terengganu (PKU UMT) telah hadir ke PKU UPM dalam sesi lawatan ilmiah yang telah berlangsung baru-baru ini.

Pelawat yang dialu-alukan kehadirannya telah selamat tiba pada jam 2.30 petang ini telah disambut oleh Ketua PKU, UPM, Dr Fauziah Adnan dan diberikan taklimat ringkas mengenai  pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKU, UPM antaranya perkhidmatan pesakit luar, pengurusan perolehan bekalan serta pengurusan stor. Sesi taklimat ini juga diharapkan dapat membantu pemantapan perkhidmatan PKU UMT sebagai sebuah klinik panel di UMT.

Lawatan yang telah berakhir pada jam 5.00 petang ini telah dihadiri oleh  semua Ketua Bahagian dari PKU UPM yang turut berkongsi pelbagai maklumat dan membawa pelawat ke bahagian masing-masing bagi memanfaatkan lawatan singkat ini.

Semoga lawatan ini dapat memberi sedikit input dan gambaran kepada PKU UMT untuk melaksanakan tujuan dan hasrat institusi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

 

Date of Input: 16/03/2023 | Updated: 16/03/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdWAU~