
Serdang, 9 Ogos 2025 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM telah menganjurkan Kursus Asas Bahasa Inggeris yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Pejabat Pendaftar.
Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara staf dan pelanggan bagi memastikan proses penyampaian perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.
Seramai 23 orang staf Pusat Kesihatan Universiti yang terdiri daripada Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Khidmat Am telah menghadiri kursus tersebut.
Sesi kursus telah dikendalikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arbaayah binti Ali Termizi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Beliau telah berkongsi pelbagai kaedah, teknik serta pengetahuan yang bermanfaat bagi membantu peserta menguasai asas komunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Dengan penganjuran kursus seperti ini, diharapkan staf PKU dapat membina keyakinan dalam berkomunikasi serta menambah baik kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Date of Input: 28/08/2025 | Updated: 08/09/2025 | mk.anwar

Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.