Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi!
16 Mac, Serdang, Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM dengan kerjasama pasukan Make-A-Wish Malaysia telah merealisasikan impian seorang pesakit kanser neuroblastoma yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor gigi baru-baru ini.
Adik Nurul Jannah, 9 tahun yang terbang hadir bersama keluarganya dari Kota Bharu di diagnos menghidapi kanser blastoma ketika berumur 4 tahun ini telah memasang impian untuk menjadi seorang doktor gigi sewaktu beliau membuat pemeriksaan gigi.
Satu majlis khas, Dentist-in-training telah diadakan bermula dengan penyarungan dentist lab coat dan official lanyard yang ditempah khas seterusnya pengalaman simulasi membuat rawatan pergigian kepada adik lelakinya, membuat mould gigi palsu untuk ibu, mengambil x-ray gigi dan diakhiri dengan suatu mini konvokesyen khas buat beliau.
Semoga impian dan usaha kecil dari pihak kami ini menjadi seribu kenangan manis buat beliau dan keluarganya.
Lab Coat dan Jubah Konvokesyen yang ditempah khas buat Adik Jannah |
![]() |
Date of Input: 21/03/2023 | Updated: 03/04/2023 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.