Benchmark Visit To Rehabilitation Hospital Daehan | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Benchmark visit to Rehabilitation Hospital Daehan

Benchmark visit to Rehabilitation Hospital Daehan

  1. 31 Januari 2023, Serdang - Seramai 8 orang staf dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan ke Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya yang diketuai oleh YBrs. Dr Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang terlibat bersama adalah dari Bahagian Perubatan Sukan PKU terdiri dari seorang Pegawai Perubatan, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja, 3 orang Jurupulih Perubatan Anggota dan disertai oleh Penyelia Jururawat dan Penolong Perawatan Kesihatan.

    Lawatan yang bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang ini sebagai penanda aras untuk projek transformasi Bahagian Perubatan Sukan (kelengkapan dan perkhidmatan yang ditawarkan) disamping menambahkan pengetahuan dalam bidang berkaitan serta meningkatkan kemahiran dalam pengendalian pesakit.


                  

    Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya, terletak di IOI Resort City, merupakan sebuah hospital rehabilitasi swasta yang mengaplikasikan ‘intensive inpatient rehab’ untuk kes neuro yang terdiri daripada pesakit stroke, kecederaan saraf tunjang, peadiatrik dan kecederaan sukan.

    Hospital ini  memberikan rawatan daripada peringkat akut hingga kronik, menggunakan kaedah pemulihan bersepadu dan terkini gaya Korea Selatan. Hospital ini berperanan dalam menyediakan penjagaan pemulihan standard yang tinggi untuk membantu pesakit mendapatkan semula kualiti hidup yang lebih baik.

    Daehan menawarkan multi disiplin rehabilitasi yang terdiri daripada :

    1. Physiotherapy
    2. Occupational therapy
    3. FES (Functional Electrical Stimulation therapy)
    4. Pain therapy
    5. Dysphagia Rehabilitation
    6. Pulmonary rehabilitation
    7. Speech therapy
    8. Robot assisted gait training
    9. Activities of Daily Living (ADLs)
    10. Return to work program
    11. Car transfer training


                

               

                    
                  



      Berita oleh :
      Encik Muhamad Nazari Ismail.

Date of Input: 13/02/2023 | Updated: 14/02/2023 | m_nazari

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397697350
0397698878
BWFePAx:15:43