Audit ISMS 2025 : Pematuhan Terhadap Sistem Keselamatan Maklumat | UNIVERSITY HEALTH CENTRE pku
» NEWS » Audit ISMS 2025 : Pematuhan Terhadap Sistem Keselamatan Maklumat

Audit ISMS 2025 : Pematuhan Terhadap Sistem Keselamatan Maklumat



Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia telah menjalani Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2022 tahun 2025 bagi skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah dan Pengurusan Risiko pada 26 Mei 2025. Audit ini telah dilaksanakan oleh Cik Nur Shazleen Ilyana Sharifuddin dan diketuai oleh Ketua Juruaudit Puan Yasminani Muhamad.Skop audit kali ini memberi tumpuan kepada proses pendaftaran pelajar baharu siswazah bagi Kampus Serdang serta pengurusan risiko berkaitan keselamatan maklumat.

Secara keseluruhan, dapatan audit menunjukkan bahawa PKU telah melaksanakan ISMS dengan berkesan. Organisasi didapati mematuhi prosedur serta garis panduan keselamatan maklumat yang ditetapkan. Selain itu, proses-proses yang terlibat juga dikendalikan secara sistematik dan terkawal, sekali gus berjaya meminimumkan risiko berkaitan keselamatan maklumat.

Antara kekuatan utama sistem yang dikenal pasti sepanjang audit termasuklah sistem pendaftaran yang selamat dan boleh dikawal, pengurusan akses pengguna yang disusun berdasarkan peranan, serta pemantauan teliti terhadap maklumat sensitif pelajar. Dokumentasi dan log sistem juga diselenggara dengan baik dan disimpan secara rapi.

Pihak pengurusan PKU merakamkan penghargaan kepada juruaudit di atas teguran dan bimbingan yang diberikan, serta kepada semua staf yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang audit dijalankan. Kejayaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan PKU dalam memperkukuh budaya keselamatan maklumat di tempat kerja selaras dengan piawaian antarabangsa.

Date of Input: 28/05/2025 | Updated: 28/05/2025 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (12:59:46pm-01:04:46pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]