Tampalan Gigi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» Tampalan Gigi

Tampalan Gigi

gigi berlubang

Apa itu tampalan gigi?

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

AMALGAM

  • Tahan lama sekurang-kurangnya 10 ke 15 tahun, kuat dan boleh tahan tekanan semasa menguyah makanan
  • Tidak sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya yang lebih gelap
  • Berdasarkan Food and Drug Administration (FDA) bahawa tahap merkuri dalam bahan tampalan amalgam adalah selamat untuk pesakit berumur lebih dari enam tahun.

 

COMPOSITE RESIN

  • Sangat sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya hampir sama dengan gigi
  • Tidak tahan lama anggaran 3 sehingga 10 tahun sahaja dan mudah bertukar warna akibat dari gaya hidup seperti minum kopi dan teh

Kenapa rawatan tampalan gigi itu penting?

  • Mengurangkan sensitif dan sakit gigi
  • Mencegah gigi berlubang dengan lebih besar
  • Membantu menguatkan fungsi gigi
  • Elakkan jangkitan kuman


Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan rawatan tampalan gigi?

  • Apabila gigi mula rasa sensitif terutamanya ketika minum air panas atau sejuk atau apabila makan makanan manis atau masam
  • Rasa sakit mencucuk-cucuk atau berdenyut-denyut
  • Sakit gigi ketika menggigit atau mengunyah makanan
  • Dapat merasakan lubang dengan lidah atau melihat permukaan gigi yang berlubang
  • Makanan sentiasa tersangkut dalam lubang atau diantara gigi
  • Apabila tampalan gigi sedia ada mulai retak atau pecah



 

 

 

Kemaskini:: 11/10/2017 [sitifaridah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (09:38:11am-09:43:11am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]