BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI pku
» BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti ditubuhkan untuk memberi rawatan pergigian kepada pelajar, staf, tanggungan, warga UPM dan pesara UPM. Perkhidmatan ini mengamalkan sistem temujanji kecuali kes-kes kecemasan. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pegawai Pergigian yang berdaftar dan berpengalaman dengan sokongan staf pelaksana seperti Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan.


Di antara rawatan pergigian yang ditawarkan adalah:-

  • Pemeriksaan Gigi
  • Rawatan Scaling
  • Rawatan Pencabutan Gigi
  • Rawatan Tampalan Gigi
  • Rawatan Salur Akar (RCT)(Gigi Hadapan)
  • Rawatan Pencabutan Gigi Geraham Bongsu
  • X-ray intraoral 


SISTEM PENDAFTARAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti mengamalkan sistem temujanji kecuali kes-kes kecemasan. Semasa proses pendaftaran, pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan seperti kad matrik (pelajar UPM) kad staf (staf UPM).

Pelanggan diminta memberikan kerjasama dengan hadir tepat pada tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pemberian rawatan pergigian kepada pesakit. Sekiranya tidak dapat hadir temujanji, sila hubungi Kaunter Pendaftaran Perkhidmatan Pergigian selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh temujanji.

Temujanji boleh dilakukan melalui telefon. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah sila hubungi Kaunter Pendaftaran kami di 03-9769 5030 atau melalui aplikasi whatsapp di 01157699551

Kemaskini:: 05/06/2026 [khairulhaziq]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (02:59:57am-03:04:57am, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]