Skim Perubatan Pelajar Pasca Siswazah (Tempatan & Antarabangsa) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» Skim Perubatan Pelajar Pasca Siswazah (Tempatan & Antarabangsa)

Skim Perubatan Pelajar Pasca Siswazah (Tempatan & Antarabangsa)

SYARAT-SYARAT



KELAYAKAN


  1. Pelajar yang telah berdaftar dengan UPM & telah bayar yuran perubatan.
  2. Dari tarikh pendaftaran sehingga tamat pengajian (pada tarikh pengesahan keputusan oleh Senat).
  3. Tempat rawatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM dan Hospital Kerajaan di Malaysia atau Hospital-hospital Universiti di Malaysia (PPUM/HUKM/HUSM).
  4. Kemasukan ke Wad (berserta Surat Jaminan UPM), pelajar berhak medapat wad kelas ke-2 di mana-mana Hospital Kerajaan/Hospital Universiti di Malaysia.
  5. Pemeriksaan, ujian & rawatan di Pusat Kesihatan Universiti UPM/Hospital Kerajaan/Hospital Universiti di Malaysia untuk penyakit biasa dan akut sahaja.
  6. Tanggungan bagi pelajar adalah TIDAK LAYAK untuk mendapat perlindungan rawatan percuma dan akan didaftarkan sebagai pesakit awam.
  7. Pusat Kesihatan Universiti TIDAK MENERIMA KAD INSURANS KESIHATAN dari mana-mana pihak.  

 

SIJIL PERUBATAN

  1. Universiti Putra Malaysia hanya menerima Sijil Perubatan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti UPM atau Pegawai Perubatan dari mana-mana Hospital Kerajaan/Universiti di Malaysia. Sijil Perubatan dari Hospital Swasta hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti, UPM.

 

]TIDAK LAYAK

  1. Pelajar yang digantung pengajian.
  2. Pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan dan yang telah ditamatkan pengajian.
  3. Pelajar yang telah ditangguhkan pengajian (tetapi layak JIKA pelajar membayar yuran kesihatan bagi semester yang tertunda).
  4. Perkhidmatan perancangan keluarga seperti penggunaan dan pengeluaran IUCD dan pil perancang keluarga.
  5. Pemeriksaan atau rawatan ibu mengandung dan sakit puan (antenatal dan obstetrik), perkhidmatan atau rawatan selepas bersalin, pengguguran dan/atau komplikasi semasa kehamilan.
  6. Bekalan bantuan perubatan, pembedahan & pergigian seperti cermin mata, alat bantuan pendengaran, prostesis, gigi palsu dll.
  7. Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti, UPM.
  8. Perkhidmatan imunisasi.
  9. Sebarang pemeriksaan perubatan untuk kemasukan ke UPM atau mana-mana universiti lain.
  10. Pemeriksaan dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
  11. Rawatan di klinik/hospital swasta atau kemasukan ke wad Kelas Pertama di mana-mana Hospital Kerajaan/Hospital Universiti di Malaysia.
  12. Rawatan dialisis buah pinggang, rawatan Hepatitis B, C dan HIV, Leukemia/Barah atau/dan lain-lain penyakit kronik.
  13. Semua rawatan untuk penyakit kronik yang dihidapi sebelum atau selepas menjadi pelajar pasca-siswazah UPM. Ini termasuk kesemua rawatan dan ubatan, dan semua ujikaji yang berkaitan dengan penyakit, seperti Profil Lipid, Ujian Gula Berpuasa (FBS), HbA1c, Profil Hati & Renal, Ujian Fungsi Tiroid dll.
  14. Permintaan bagi ujian makmal yang tidak dirasakan perlu oleh pegawai perubatan.

 

Kemaskini:: 15/12/2017 [syahid]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (02:23:35pm-02:28:35pm, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]