WAKAF AMBULAN: LEBIH RM60,000 DALAM 3 MINGGU! | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » WAKAF AMBULAN: LEBIH RM60,000 DALAM 3 MINGGU!

WAKAF AMBULAN: LEBIH RM60,000 DALAM 3 MINGGU!

TING!! RM50 UNTUK WAKAF AMBULAN ATAU “ONLINE SHOPPING”?


Bayangkan dengan RM50 kita hanya dapat membeli 1 atau 2 barang atas talian.
Pahala? Belum tentu.

Dengan RM50 yang kita wakafkan kepada Ambulan baharu PKU secara atas talian.
Saham akhirat yang berterusan? TERJAMIN!

Bagi menampung penggunaan ambulans PKU yang semakin meningkat, pembelian ambulans yang lebih moden adalah sangat diperlukan. Ambulan sedia ada yang berusia lebih 10 tahun dan tidak sesuai digunakan di kawasan “off road” memandangkan UPM memiliki kawasan ladang yang besar dan tanah yang tidak berturap. Kawasan ladang juga juga sering dijadikan laluan dan sumber pembelajaran kepada para pelajar dan staf. Begitu juga dengan para pelajar yang menyertai kem di kawasan hutan atau tanah tinggi seperti aktiviti PALAPES, SUKSIS dan sukan. Di kawasan seperti ini, kemudahan ambulan dengan kapasiti lasak dan bekalan rawatan kecemasan yang cukup sangat diperlukan dan dapat menyelamatkan nyawa.

Dengan berwakaf juga melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Online Shopping”? Hmmm….

 

CrowdWakaf pertama Pusat Kesihatan Universiti bersama-sama Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah berjaya mengumpul lebih RM60,000 dalam tempoh 3 minggu. 

Hanya RM182,500 sahaja lagi diperlukan untuk menjadikan wakaf ini satu kenyataan.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERWAKAF.

Tarikh Input: 28/12/2017 | Kemaskini: 29/12/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1585624217