Teknologi Mengubah Persepsi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Teknologi Mengubah Persepsi

Teknologi Mengubah Persepsi

Pusat Kesihatan Universiti UTeM, 2/3/2020 - Melihat dengan lebih dekat Sistem Klinik  “Integrated Health Information System” (i-HIS) yang dibangunkan oleh  YBhg. Prof. Dr. Mohd Khanapi Bin Abdul Ghani dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM yang mana telah di aplikasikan oleh PKU UTeM sejak tahun 4 tahun yang lepas. 

 

Lawatan yang dihadiri oleh 8 orang wakil dari Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM) bersama 3 orang wakil dari Pusat Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah menyertai lawatan ke Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (PKU UTeM) telah disambut oleh Dr. Mohamad Fuzi bin Saidin, Ketua PKU UTeM serta paramedik yang sedang bertugas.

Lawatan delegasi UPM yang bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari ini dibawa  ke setiap unit yang berkaitan antaranya pendaftaran, bilik konsultasi perubatan, bilik konsultasi pergigian, bilik rawatan dan farmasi untuk mendapatkan penjelasan secara terperinci penggunaan sistem tersebut diharapkan dapat memberi idea baru yang segar dan praktikal buat pembangun sistem yang bakal menggantikan sistem e-klinik akan datang. 

Tarikh Input: 25/06/2020 | Kemaskini: 25/06/2020 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEZJAk~