
Serdang, 21 April – Satu taklimat khas mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan bagi juruaudit baharu EKSA PKU dengan tujuan memperkukuh kefahaman terhadap proses audit dalaman serta peranan dalam meningkatkan budaya kerja kondusif di sektor awam.
Taklimat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA itu menekankan kepentingan juruaudit dalam memastikan pematuhan terhadap standard EKSA, termasuk aspek kebersihan, susun atur ruang kerja, keselamatan, dokumentasi, identiti korporat dan amalan hijau.
Menurut penceramah dan juga Fasilitator EKSA UPM, Matron Nurhazalina Mohamed berharap setiap juruaudit baharu dan sediaada perlu bersikap objektif dan telus ketika menjalankan audit, selain memberi cadangan penambahbaikan yang membina. “Juruaudit bukan sekadar menanda senarai semak, tetapi menjadi agen perubahan yang memastikan budaya kerja kondusif benar‑benar diamalkan,” katanya.
Peserta turut diberi pendedahan mengenai proses audit ringkas yang merangkumi persediaan senarai semak, lawatan tapak, catatan dapatan, dan penyediaan laporan rasmi kepada Jawatankuasa EKSA.
Dengan taklimat ini, diharapkan juruaudit baharu dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin, konsisten dan menyumbang kepada peningkatan imej korporat organisasi sektor awam seterusnya di PKU dan UPM.

Tarikh Input: 24/06/2026 | Kemaskini: 06/07/2026 | nur_hazalina

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453