TAHNIAH DARI KAMI, SEMOGA TERUS CEKAL! | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » TAHNIAH DARI KAMI, SEMOGA TERUS CEKAL!

TAHNIAH DARI KAMI, SEMOGA TERUS CEKAL!

17/2/2022, Isnin - Perjalanan sebenar baru bermula. Setelah hampir setahun lebih Encik Syafiq Rabbani bin Mohd Hashim bersama Mquit (Program Berhenti Merokok) di mana akhirnya beliau berjaya berhenti merokok. Tidak lain dan tidak bukan ini adalah hasil semangat yang ada di dalam diri Encik Syafiq.

 

Pernah tergelincir beberapa kali di dalam percubaan berhenti merokok sebelum ini, diduga dengan pelbagai kesukaran dan pengunduran simptom nikotin namun ianya telah menjadi satu batu loncatan untuk Encik Syafiq lebih bersedia dan meneruskan usahanya. Ternyata ianya tidak sia - sia.

 

           


Sepanjang berada di dalam program Mquit ini Encik Syafiq telah dibimbing oleh Dr Siti Noor Azlidah Ali dan PPP Muhammad Elya Saffuan. Walaupun dalam tempoh PKP dan limitasi perhubungan bersemuka namun pasukan Mquit & Encik Syafiq tetap menghabiskan program ini dengan jayanya.

Satu sesi penyerahan sijil tamat program dan sedikit cenderahati dari Mquit telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Kesihatan Universiti. Kami, dari pasukan Mquit dan seluruh warga kerja PKU ingin mengucapkan tahniah atas usaha dan kejayaan peribadi yang terbesar pernah dicapai oleh Encik Syafiq. Moga perkongsian ini boleh menjadi contoh dan pembakar semangat untuk kalian di luar sana yang ingin berhenti merokok.

 

Tarikh Input: 26/01/2022 | Kemaskini: 23/02/2022 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdXA1~