Skim Kesihatan Pelajar UPM Diperhalusi. | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Skim Kesihatan Pelajar UPM diperhalusi.

Skim Kesihatan Pelajar UPM diperhalusi.

Skim Kesihatan Pelajar UPM diperhalusi.

Oleh: Opie Bamad
Gambar oleh: Nad Aziz

Serdang, 29/9/2022- Bahagian Pesakit Luar PKU telah menganjurkan satu Bengkel Semakan Skim Kesihatan Pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah dihadiri oleh beberapa orang staf PKU daripada pelbagai bahagian/unit untuk memberi input bagi membantu menambahbaik skim kesihatan ini.

Skim ini akan memberi gambaran kepada pelajar mengenai kemudahan perubatan dan pergigian yang dapat diperolehi oleh mereka setelah bergelar pelajar UPM. Memandangkan skim ini telah digunapakai lebih daripada 10 tahun, maka ianya perlu dilihat semula sejajar dengan pembaharuan/kemaskini polisi yang digunapakai oleh UPM.

Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pelajar, memudahkan staf dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar, juga mendedahkan kepada ahli mengenai kewujudan skim yang terkini yang ditawarkan kepada pelajar supaya mereka akan lebih peka terhadap keperluan staf dan pelajar untuk membantu meningkatkan kualiti universiti sebagai universiti yang terbilang.

 

Bergambar kenangan bersama Ketua Pusat Kesihatan Universiti

Pembentangan oleh pegawai perubatan 

Tarikh Input: 29/09/2022 | Kemaskini: 30/09/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDcWAX~