Simulasi Latihan Kebakaran 2018 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Simulasi Latihan Kebakaran 2018

Simulasi Latihan Kebakaran 2018

2hb Ogos 2018 – Pusat Kesihatan Universiti

 

Aktiviti tahunan latihan kecemasan telah diadakan di Blok B Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama dari Unit Bantu Mula, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP)  UPM.

 

Objektif latihan adalah memberi pendedahan kepada staf melakukan pengungsian bangunan dan mewujudkan aktiviti kerja berpasukan diantara staf dan Pasukan Tindakan Kecemasan PKU.

 

Senario latihan pada tahun ini adalah berlaku kebakaran kecil di laluan masuk ke Pekhidmatan Kesihatan Pekerjaan tingkat 2, Blok B PKU. Terdapat 2 orang mangsa terperangkap tidak dapat keluar dari bangunan. Mangsa akhirnya dapat diselamatkan dengan bantuan dari Unit Bantu Mula PPKKP UPM.

 

Pasukan Tindakan Kecemasan dan staf berjaya membuat pengungsian dalam tempoh masa 2 minit sahaja. Sesi perbincangan telah diadakan bagi tujuan memantapkan lagi latihan kecemasan pada masa akan datang. Unit Bantu Mula memberi pujian kepada semua staf dan Pasukan Tindakan Kecemasan kerana telah menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Tahniah PKU.

Tarikh Input: 15/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETAAz~