LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
‘SENYUMAN SIHAT PERWIRA NEGARA’
Program ‘SENYUMAN SIHAT PERWIRA NEGARA’ telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024 di Kem Batalion 4 PGA, Semenyih. Program ini adalah satu program promosi Kesihatan yang merangkumi kesihatan perubatan dan pergigian yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian PKU, UPM dengan kerjasama Kor SUKSIS UPM, Pusat Darah Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bahagian Kesihatan Awam PKU, UPM. Program ini juga adalah sebagai satu penghargaan dan tanda terima kasih kepada pengorbanan dan jasa pasukan PDRM dalam mempertahankan keamanan negara tercinta dan juga bersempena sambutan Hari Polis Ke-217.
Program telah dihadiri antara lain oleh Supt. Jafri bin Muhamad, Komanden Kem Batalion 4, Dr. Arma Noor, Ketua PKU, pegawai-pegawai Kem Batalion 4. Program telah dirasmikan oleh Dr. Arma Noor, Ketua PKU, UPM.
Objektif Program adalah untuk
Program khidmat masyarakat bersama pihak PDRM Kem Batalion Semenyih mampu meluaskan lagi pengaruh dan keterlihatan UPM. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada Pusat Kesihatan Universiti UPM untuk melebarkan rangkaian sosial dengan pelbagai pihak kementerian dan masyarakat umum. Seramai lebih daripada 100 orang warga Kem Batalion 4 yang telah turut serta dalam aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.









Tarikh Input: 03/07/2024 | Kemaskini: 03/07/2024 | izzatussofia

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453