Sehari Bersama PKU : Larian Amal Ambulans 2018 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Sehari Bersama PKU : Larian Amal Ambulans 2018

Sehari Bersama PKU : Larian Amal Ambulans 2018

Program Sehari Bersama PKU berlangsung pada 24 Mac 2018 bertempat di Perkarangan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dimana salah satu program utama pada hari tersebut adalah Ambulance Charity Run sejauh 5KM yang akan diadakan di sekitar kampus UPM. Matlamat program ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana wakaf bagi pembelian ambulans baharu yang bernilai RM 250,000.00.

Selain itu, terdapat juga aktiviti Promosi Kesihatan, Pembukaan Kaunter Zakat, jualan barangan Pre-love, gerai- gerai makanan dan minuman serta food truck.

Warga PKU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini dijalankan dan diharapkan program ini dapat mengeratkan keakraban di antara Pusat Kesihatan universiti dan warga kampus serta orang awam sekitar kawasan Serdang.

Tarikh Input: 06/06/2018 | Kemaskini: 07/09/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUIAj~