
Berita disediakan oleh : SN Filina Fauzian, SN Noor Mazzeatul Aini.
Gambar oleh : PPK Mohd Bookery Mohd Johar
SERDANG, 23 Januari 2024 – Pasukan Klinik Berhenti Merokok (MQUIT) PKU UPM berjaya membantu Encik Haironizam Bin Jaini untuk menghabiskan sesi Program Berhenti Merokok selama 6 bulan yang bermula pada 6 Jun 2024 sehingga 6 Disember 2024.
Walaupun diuji dengan beberapa kekangan serta keadaan kesihatan yang tidak menentu sebelum ini, namun ianya tidak mematahkan semangat untuk Encik Haironizam meneruskan azamnya. Jati diri yang tersemat dalam diri beliau mengubah pola hidup sihat dari masa ke semasa. Kini usahanya membuahkan hasil dan dapat meneruskan gaya hidup sihat bersama ahli keluarga yang lain.
Sepanjang berada di dalam Program Berhenti Merokok, Encik Haironizam telah dibimbing oleh Dr. Nor Shafikah Diana Iskandar dan SN Filina Fauzian. Walaupun terdapat limitasi perhubungan bersemuka atas beberapa faktor sebagai seorang staf di UPM, namun ianya bukanlah menjadi penghalang bagi Pasukan Mquit membantu beliau dengan jayanya.
Di sini kami kongsikan sedikit bingkisan perhargaan daripada Encik Haironizam untuk Pasukan MQUIT PKU UPM.
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada Doktor dan semua Pasukan MQUIT PKU yang banyak membantu saya”
Sesi penyerahan sijil tamat program dan cenderahati dari pihak MQUIT PKU UPM telah diadakan pada 20 Disember 2024. Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr Arma Noor juga hadir menyantuni sesi ini dan menyerahkan sijil kepada Encik Haironizam.
Pasukan MQUIT PKU dan seluruh warga kerja PKU UPM ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas usaha dan kejayaan peribadi terbesar pernah dicapai oleh Encik Haironizam. Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan contoh dan pembakar semangat kepada anda di luar sana untuk sama-sama meninggalkan tabiat merokok demi kesejahteraan diri dan keluarga.
Perjalanan sebenar baru sahaja bermula! Syabas Encik Haironizam, kekalkan momentum, kami sentiasa ada di sini!
Tarikh Input: 23/01/2025 | Kemaskini: 24/01/2025 | nur_hazalina

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453