SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PKU 2024 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PKU 2024

SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PKU 2024

 

Disediakan oleh : Sr Masithah Che Desa
Disunting oleh : Matron Nurhazalina Mohamed
Gambar : Pn. Norazilah Abdullah

13 MEI 2024 - Hari Jururawat disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi menghargai segala usaha keras dan keringat setiap insan yg bergelar Jururawat. Tema sambutan Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini adalah ‘Our Nurse Our Future, The Economic Power Of Care’ di mana sambutan ini secara rasminya akan disambut serentak di seluruh dunia pada 12 Mei setiap tahun.

Sambutan Hari Jururawat peringkat Pusat Kesihatan Universiti (PKU) yang diraikan secara sederhana dimulai dengan ucapan ringkas oleh Dr Fauziah Adnan selaku mantan Ketua PKU, mewakili Ketua PKU Dr Arma Noor dan para Pegawai Perubatan yang lain meraikan Jururawat yang bertugas pada hari tersebut.




Acara kecil ini telah diadakan di Bahagian Kecemasan dan Rawatan yang dihadiri oleh Jururawat PKU diketuai oleh Penyelia Jururawat Matron Noor Aishah Cholan. Untuk rekod PKU mempunyai 14 orang Jururawat Berdaftar, 2 orang Jururawat Masyarakat dan seorang Juruterapi Pergigian.

Semoga sambutan Hari Jururawat kali ini menjadi pemangkin semangat pada Jururawat untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik buat warga kampus khususnya.

TIKTOK HARI JURURAWAT PKU 2024

Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 09/12/2024 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (10:00:41am-10:05:41am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]