SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT UPM

SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT UPM

22 April 22, UPM Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Bumi 2022 diperingkat UPM bagi memupuk kesedaran warga kampus berkenaan kelestarian alam sekitar. Tema bagi program ini adalah “Invest in Our Planet”.

      Majlis telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari, Ketua Pustakawan UPM, En Muzaffar Shah Kassim dan Pengarah Pusat Strategik dan Perhubungan Korporat, Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman.

     Seramai 4 orang staf dari PKU telah terlibat bagi menjayakan aktiviti ini di peringkat PTJ. Terdapat lebih 20 PTJ yang terlibat dalam program ini antaranya Fakulti Kejuruteraan, Institut Biosains dan Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA).

 

   Semoga dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran warga kampus tentang penjagaan bumi bagi menjamin keharmonian sejagat pada masa akan datang.

Tarikh Input: 29/04/2022 | Kemaskini: 29/04/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETKAz~