Read@UNI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Read@UNI

Read@UNI

Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI UPM 2019 merupakan salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris di Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UPM pada 12 April 2019. Pertandingan Sudut Bacaan ini dipertandingkan sebagai salah satu kategori Hadiah Sempena Majlis Sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2019.

Menyahut seruan pihak Universiti, PKU kini menyediakan Sudut READ@UNI yang dinamakan SERAMBI ILMU di PKU untuk membudayakan amalan membaca di kalangan staf dan pelanggan PKU. Dr. Fauziah Adnan merupakan Penasihat dan dibantu Dr. Mohd Khamizi Bin Aziz sebagai Pengerusi READ@UNI PKU. PKU telah menyediakan dua (2) sudut READ@UNI iaitu satu (1) di Blok A dan satu (1) lagi di Blok B. Pada 1 Oktober 2019 sudut ini telah diaudit oleh pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 25/10/2019 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1573502781